Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Andaian ‘Huru-Hara’ Di Mesyuarat...

DALAM keadaan ketegangan hubungan antara Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Tun...

Neelofa: Gunakan Telefon Bimbit...

SUSULAN video viral mengenai seorang peserta Dewi Remaja yang tidak mengetahui pelaksanaan Cukai...

Bojan Hodak, Nenad Bacina...

GEORGETOWN - Bekas ketua jurulatih Kelantan dan Johor Darul Ta'zim (JDT), Bojan Hodak...

Kerajaan Galak Ternak Ikan...

LANGKAWI - Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani menggalakkan nelayan mengusahakan projek tenakan...

Lagi Pesawat Terhempas, 13 Orang Terjun Tasik Selamatkan Diri

TRAGEDI melibatkan industri penerbangan dunia seakan belum berakhir apabila sebuah lagi pesawat dilaporkan terhempas di sebuah tasik di North Island, New Zealand sebentar tadi.

Bagaimanapun kesemua 13 orang yang terdiri daripada juruterbang, enam kru dan enam penumpang yang berada dalam pesawat itu berjaya menyelamatkan diri.

Memetik laporan Stuff.co.nz, pesawat ringgan berwarna merah jambu itu dalam perjalanan ke Tasik Taupo, 280 kilometer dari selatan Auckland, untuk menyertai sukan terjun udara.

Seorang saksi Bevan Johnhill berkata, dia ternampak sekumpulan orang terjun dari pesawat itu yang dipercayai mengalami masalah mekanikal, kira-kira jam 12.15 tengah hari (waktu tempatan).

“Saya nampak mereka terjun dari pesawat itu, sebelum ia tenggelam di tasik.

“Saya rasa juruterbang adalah orang terakhir yang keluar,” ujarnya.


Ketua Eksekutif Skydive Taupo yang mengendalikan pesawat itu, Roy Clements memaklumkan pesawat itu mengalami masalah enjin selepas ia berlepas kira-kira pukul 12 tengah hari.

taupoplane

Jurucakap Pihak Berkuasa Penerbangan Awam New Zealand, Mike Richards menyifatkan kejadian ini sebagai amat menakjubkan, memandangkan tiada yang terkorban dan punca sebenar nahas masih disiasat.

Difahamkan lokasi pesawat terhempas adalah sebuah tasik cetek sedalam 3.5 meter berdekatan pesisir Teluk Rotongaio. –MYNEWSHUB.CC

VIDEO NAHAS PESAWAT RINGGAN 

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori