Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Piala Emas CONCACAF: Hatrik...

BALTIMORE, Amerika Syarikat (AS) - Clint Dempsey meledak hatrik pertamanya di pentas antarabangsa...

Usaha Terengganu Bantu Pondan...

KUALA TERENGGANU - Pendekatan berhikmah yang digunakan Kerajaan Negeri Terengganu dalam menyantuni golongan...

10 Bazaar Ramadan Anda...

ESOK semua umat Islam dari seluruh pelusuk dunia termasuk Malaysia bakal menunaikan rukun...

Guru Terjatuh Bot Ditemui...

IPOH - Seorang guru sekolah menengah di Teluk Intan yang terjatuh dari bot...

Laksanakan Aktiviti Isi Masa Mangsa Banjir

SAMARAHAN – Selain membantu mangsa banjir di pusat pemindahan menerusi penyediaan penginapan, makan dan minum, pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) juga diarahkan untuk melaksanakan aktiviti yang mampu memulih serta memberi motivasi kepada mangsa banjir.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rohani Abdul Karim berkata usaha itu sebahagian daripada langkah pengurusan krisis bertujuan mengurangkan situasi panik apabila berlaku bencana.

“Menyediakan kemudahan pusat pemindahan apabila berlaku bencana adalah tanggungjawab JKM. Untuk menambah baik kami minta pusat pemindahan buat pengisian, tetapi ini juga terpulang kepada ketua kerana jika tiada pengisian (program) mangsa banjir tidak ada aktiviti, mereka tidur dan boleh membawa kepada kemurungan.

“Kami mahu pengisian aktiviti diadakan kerana berlaku kejadian di tempat lain sehingga nak terjun, kami tidak mahu ini berlaku yang akan menambah masalah ketika bencana berlaku. Jadi kami telah pastikan pegawai adakan aktiviti kepada semua mangsa yang dipindahkan, tidak kira kanak-kanak, wanita ataupun warga emas,” katanya.


Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melakukan tinjauan keadaan mangsa banjir di tiga pusat pemindahan bencana JKM di Kg Pinang, Kg Nangka dan Kg Entingan, ketiga-tiga di Bahagian Samarahan, hari ini.

Sementara itu, Rohani berkata tinjauan itu juga bertujuan untuk melihat tahap kesiapsiagaan pusat pemindahan, meninjau keperluan mangsa banjir dan aktiviti yang boleh dirangka demi kepentingan mangsa banjir. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori