Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

Satu Kematian Disahkan Rabies...

Shah Alam : Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS) memaklumkan terdapat satu kes kematian...

“Saya Tak Pernah Lari...

KUALA LUMPUR - Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan, beliau...

Bambang Kagum Corak Permainan...

KUALA LUMPUR - Pemain Persija Jakarta, Bambang Pamungkas mengakui pasukan Johor Darul Ta'zim...

Najib Kini Lebih Kuat,...

TEGUH... Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sedang menuju kemenangan pilihan raya...

Laporan Awal Nahas AirAsia Tiada Analisis Kotak Hitam – NTSC

LAPORAN awal kejadian nahas pesawat AirAsia QZ8501 yang sedang disiapkan tidak akan disertakan dengan analisis alat perakam data penerbangan dan perakam suara kokpit.

Jawatankuasa Keselamatan Pengangkutan Kebangsaan Indonesia (NTSC) akan menyerahkan laporan awal insiden itu kepada Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) minggu ini, menurut laporan Reuters.

Penyiasat NTSC Suryanto berkata laporan itu hanya akan menunjukkan informasi berkaitan pesawat, jumlah penumpang dan maklumat lain yang berkaitan sahaja.

BACA JUGA – Indonesia Enggan Dedah Laporan Awal Nahas AirAsia

Pesawat AirAsia Indonesia jenis Airbus A320-200 terhempas di Laut Jawa pada 28 Disember lepas ketika dalam penerbangan dari Surabaya ke Singapura dengan 162 orang berada di dalam pesawat termasuk anak kapal.

Menteri Pengangkutan Indonesia Ignasius Jonan berkata ketika dalam penerbangan pesawat itu dikatakan cuba terbang mendaki dengan kelajuan luar biasa sebelum berada dalam keadaan pegun.

Ketika ini, misi membawa keluar bangkai utama pesawat berkenaan sedang giat dijalankan dari dasar Laut Jawa. – MYNEWSHUB.CC


Pengumuman Badan Fiuslaj Utama Pesawat AirAsia Berjaya Dikesan

http://youtu.be/o2cjtwr-ubc

 

 

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori