Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

Siapa Ganti Nabila Huda...

PELAKON berbakat besar Nabila Huda mengesahkan dia tidak berlakon dalam filem sequel Munafik...

Beli Rempah Ratus Di...

BESUT - Demi menjamin keaslian menu Nasi Arab di restorannya, pengusaha Restoran Nasi...

Siasatan Akaun UMNO Mengikut...

JOHOR BAHRU – Tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memberukan akaun UMNO untuk...

DAP Membela Haziq? PH...

APABILA YB Zuraidah menuduh Pembangkang mendalangi Video Intim Azmin dan Haziq, dan diikuti...

Terkejut Bil Makan Malam Di Nando’s RM34,000!

London – Sebuah keluarga terkejut apabila kesilapan pekerja di sebuah rangkaian restoran terkenal mengenakan bayaran £6,235.88 (RM34,000) untuk makan malam mereka.

Aurel Lupsa, 43, mengakui tidak menyedari kesilapan itu ketika membuat pembayaran secara elektronik di restoran Nando’s berhampiran rumahnya.

“Ini bukan kali pertama kami makan di situ, namun tidak pernah kami mengalami kejadian seperti ini. Silap saya sendiri juga kerana tidak memeriksa bil diberikan,” katanya.

Katanya, dia diberi bil untuk bayaran £62.35 (RM337) namun tidak perasan pelayan terbabit sebenarnya memasukkan jumlah 100 kali lebih tinggi daripada bayaran diperlukan ketika memproses kadnya.


“Sungguh tidak sangka makan malam paling mahal kami di Nando’s. Restoran itu mengakui kesilapan mereka dan berjanji menyiasatnya,” katanya ketika ditemui.

Jurucakap Nando’s berkata: “Kekeliruan itu memang tidak diduga atau disengajakan. Kami memohon maaf atas kejadian itu dan sudah membuat pembayaran semula.” – Agensi

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori