Monday, October 14, 2024

Creating liberating content

Tiada Sekolah Terkecuali Program...

NIBONG TEBAL : Tiada sekolah yang terkecuali dalam melaksanakan Program Dwibahasa (DLP) bagi...

44 NGO Islam MAIS...

SHAH ALAM – Lebih 40 pertubuhan bukan kerajaan Islam (NGOi) Majlis Agama Islam...

Jangan Gunakan Sekolah Raih...

ISKANDAR PUTERI - Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar, Pendidikan dan Penerangan Johor Datuk...

Video: Nelson Column Turut...

TUGU Nelson atau lebih dikenali sebagai  Nelson Column, bertukar menjadi "LightSaber gergasi" gara-gara turut dijangkiti...

Lawak.. Peragut Wan Maimunah Jadi ‘Troll’ Di FB

TERKEKEH-KEKEH ketawa kami melihat troll lawak yang diadaptasikan dari sebuah iklan tempatan berjudul ‘Waspada Peragut’.

Anda perasan tak, jika scroll ruangan komen pengguna sosial di kebanyakan Facebook sekarang, pastinya akan muncul troll mengenai gambar peragut Wan Maimunah ini.

10881488_594902633977493_3884363221017180797_n

Entah kenapa tiba-tiba iklan kisah Wan Maimunah ini menjadi popular dan jadi bahan lawak pengguna laman-laman sosial.

Antara kapsyen lawak yang disertakan dengan gambar troll ini adalah, “Kesian Wan Maimunah, tiga kali diragut… tolong tangkap peragut Wan Maimunah!” 

Lebih lawak, ada pulak pengguna sosial mempersoalkan pihak polis dengan bertanya “PDRM kenapa peragut Wan Maimunah masih bebas?”

10899410_962822870414276_1206741629_n

Memang tidak dinafikan, iklan tersebut sering kali ditayang di televisyen hingga kita sendiri boleh menghafal babak-babak iklan tersebut.


Mungkin, gara-gara iklan itu sering ditayanglah ada pulak pihak-pihak terlebih rajin terfikir untuk melihatnya dari sisi lawak.

Kesian pelakon lelaki iklan berkenaan, tak pasal-pasal wajahnya menjadi popular di media sosial sebagai peragut dikehendaki.

Apa pun, iklan tersebut bertujuan mengingatkan para wanita khususnya supaya berhati-hati agar tak jadi mangsa ragut. - MYNEWSHUB.CC

Iklan Waspada Peragut

Oleh: FARAH

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori