Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Lebih 3,000 Mangsa Berada...

JOHOR BAHRU - Seramai 3,226 mangsa melibatkan 865 keluarga masih berada di 45...

Wajibkan Elaun Pelajar Praktikal...

KUALA LUMPUR - Pelaksanaan elaun minimum untuk pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) yang...

‘Tiada Perikemanusiaan’ Pecat Kerana...

PETALING JAYA - Kesatuan Kebangsaan Anak Kapal Kabin Penerbangan Malaysia (Nufam) mencari keadilan...

Trend Murid Sekolah Rendah...

KOTA BHARU - Pelajar sekolah rendah yang berumur antara 10 hingga 12 tahun...

Lebih Peruntukan Untuk Tabung Bantuan Bencara Agromakanan

KUALA LUMPUR – Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani akan mendapatkan peruntukan tambahan bagi bagi membantu petani, penternak, nelayan dan usahawa asas tani yang mengalami kerugian disebabkan bencana banjir.

Menterinya, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pada tahun 2013 kementerian itu menubuhkan Tabung Bantuan Bencara Agromakanan bernilai RM50 juta bagi membantu golongan berkenaan.

“Bagaimanapun dalam suasana benana banjir yang berlaku hari ini RM50 juta tidak lagi mencukupi. Kita akan cuba dapatkan secepat mungkin peruntukan tambahan selepas semua kerugian dinilai di seluruh negara,” katanya dalam satu kenyataan lewat malam tadi.

Jelas Ismail Sabri, antara bantuan yang diberikan melalui Tabung Bantuan Bencara Agromakanan berupa kewangan, benih ikan dan lain-lain.

Beliau turut memaklumkan Tabung Ekonomi Kumpulan Usahawan Niaga (TEKUN) dan AgroBank telah diminta untuk menstrukturkan semula pembayaran pinjaman bagi peminjam yang terbabit dengan banjir.


“TEKUN secara khusus akan memberi pinjaman mudah bernilai RM10,000 kepada peminjam terbabit dengan banjir,” katanya.

Beliau bagaimanapun mengakui sukar untuk menilai kerugian sebenar yang dialami sektor pertanian, perikanan dan penternakan negara ini disebabkan bencana banjir itu.

Menurutnya, ia berikutan masih banyak kawasan di negeri terjejas masih ditenggelami air dan belum ramai mangsa belum pulang semula ke rumah masing-masing
.
Beliau menambah pengeluaran makanan negara mungkin terjejas kerana banjir yang besar kali ini tetapi kerajaan akan memastikan negara dan rakyat tidak akan menghadapi masalah bekalan makanan dengan mengimport barangan yang diperlukan. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori