Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Proses Bidaan Kapal Mewah...

KUALA LUMPUR - Proses bidaan bagi kapal mewah 'Equanimity' milik Low Taek Jho...

MCA: Lebih 30 Permohanan...

KUALA TERENGGANU - MCA menerima lebih 30 permohonan bantahan terhadap cadangan persempadanan semula...

Ramesh Rao Dipanggil Ke...

PEMILIK akaun Twitter yang mendakwa hakim kes penyelewengan dana SRC International Sdn Bhd...

MB Johor Nafi Dakwaan...

ISKANDAR PUTERI - Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin hari ini...

Lelaki Cerita Detik Kecurangan Isteri Secara ‘Live’

LOS ANGELES – Seorang lelaki yang kecewa selepas mengetahui isterinya berlaku curang kepadanya, telah memutuskan untuk berkongsi kekecewaan itu kepada umum dengan membuka blog dan menceritakan setiap detik secara `live’ kepada orang ramai.

Lelaki malang itu menggunakan komuniti dalam talian Reddit untuk menceritakan mengenai apa yang berlaku dengan menggunakan nama samaran MyLifeSuxNow.

“Saya mengesan kecurangannya melalui mesej dalam telefon bimbitnya. Saya tahu dia belum mengetahui bahawa saya telah mengesan kecurangannya.

“Dia dan kekasihnya selalu berhubung pada pukul 1 pagi hingga 4 pagi, di mana ketika itu dia menyangka saya sedang nyenyak tidur,” katanya yang kemudian mula menceritakan apa yang berlaku.

Lelaki itu dan isterinya berkahwin sejak lapan tahun lalu selepas menamatkan pengajian di universiti.

MyLifeSuxNow turut bertanyakan kepada komuniti Reddit sama ada dia patut menceraikan isterinya itu, meskipun mendakwa masih menyayangi wanita berkenaan.


Dia kemudiannya memberitahu bahawa seorang penyiasat telah diupah bagi menyiasat dan mendapatkan bukti kecurangan isterinya itu.

“Jenny bertemu lelaki itu di sebuah pangsapuri dan mereka bercium, kemudian masuk ke dalam rumah. Sah mereka curang,’’ katanya yang memberitahu setiap detik pergerakan Jenny dalam blog tersebut.

Seramai 15,000 orang telah memberikan nasihat kepada MyLifeSuxNow bagaimana untuk berdepan dengan situasi isteri yang curang dan apa yang perlu dilakukannya.

Ramai yang meminta supaya dia menceraikan sahaja Jenny.

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori