Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Langkah Penjimatan Kos Perkukuh...

KUALA LUMPUR - Penjimatan kos sekurang-kurangnya RM180 juta pada peringkat awal menerusi kontrak...

Ribut Petir, Hujan Lebat...

PETALING JAYA – Amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka melanda...

Raja Salman, Erdogan Bincang...

ANKARA - Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan dan Raja Salman dari Arab Saudi...

Tujuh Pemimpin Sabah Dilantik...

TUARAN - Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak berkata, sejak mengambil alih jawatan...

Lelaki Maut Ketika Panaskan Tuala Dalam Ketuhar

OAKLAND – Seorang lelaki buta, James Shaffer, 68, meninggal dunia selepas bajunya terbakar secara tidak sengaja ketika dia cuba memanaskan tuala dalam ketuhar gelombang mikro, untuk diletakkan di kakinya yang sakit.

Shaffer dihantar ke hospital namun meninggal dunia dipercayai akibat terhidu asap.

Tuala kering akan terbakar hanya dalam masa 15 saat sahaja dalam ketuhar namun perkara ini tidak diketahui oleh Shaffer.

Malah semasa berada dalam ambulans, Shaffer meminta maaf kepada pasukan paramedik kerana tidak mengetahui mengenai perkara itu.

“Dia amat, amat tenang dalam situasi ini. Kami terkejut dia meninggal dunia. Ketika dalam ambulans kami bercakap seperti biasa, malah setiap minit dia meminta maaf kerana menyebabkan kebakaran itu,’’ kata salah seorang anggota paramedik.


Menurut doktor, Shaffer mengalami lecur sebanyak 80 peratus di seluruh badan.

Dalam pada itu, keluarganya memberitahu setiap hari mereka akan melawat Shaffer dan dia juga mampu berdikari dengan tinggal sendirian di rumah

https://www.youtube.com/watch?v=aQ01zmw3E84

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori