China – Cubaan seorang lelaki untuk menyeludup 94 iPhone dengan mengikat ke badannya tidak berjaya apabila pihak berkuasa curiga dengan cara dia berjalan, yang dilihat sebagai pelik.
Dia ditahan di Pelabuhan Futian, iaitu di pintu masuk antara China dan Hong Kong.
Berdasarkan undang-undang China, mereka yang ditangkap kerana menyeludup berdepan hukuman penjara tujuh tahun dan denda setinggi RM600,000.
Penyeludupan telefon bimbit dari luar negara ke China sering berlaku dan merupakan perniagaan yang mendatangkan keuntungan kepada penyeludup.
Meskipun iPhone dihasilkan di kilang-kilang di China namun pembeliannya dianggap sebagai mencabar dan malal. Justeru antara cara memperolehinya adalah melalui pasaran gelap.
Ini kerana, penjualan telefon bimbit model terbaru oleh penyedia telefon bimbit seperti China Mobile sangat terhad.
Harga iPhone 6 di negara itu dianggarkan RM2,000 dan ia merupakan sekitar 18 peratus daripada gaji tahunan penduduk China.