WAH-WAH, nampaknya Lim Guan Eng memang jenis ‘cakap tak berlapik’ langsung bila memberitahu apa yang difikirkannya kepada sebuah akhbar berbahasa Cina.
Lim yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang melalui sebuah artikel yang disiarkan akhbar Sin Chew Daily menggambarkan di negeri Kelantan, seolah-olah tidak wujud pentadbiran Kerajaan Negeri apabila rakyat di sana didakwanya seolah-olah tidak terbela termasuk ketika kejadian banjir besar melanda negeri terbabit, baru-baru ini.
Menurut portal Pisau.net keratan artikel di halaman 8 akhbar bertarikh 27 Januari itu setelah dialih bahasa berbunyi;
Lim Guan Eng – Ketua Menteri Pulau Pinang membidas Kerajaan PAS Negeri Kelantan sebagai sebuah Kerajaan Negeri yang lemah dan gagal melaksanakan tanggungjawabnya semasa musibah banjir yang melanda Kelantan pada penghujung tahun lalu.
Katanya, semasa banjir besar berlaku, keadaan yang berlaku adalah seolah-olah tiada Kerajaan Negeri yang wujud.
Kerajaan yang ada hanya lepas tangan dan tidak tahu melakukan apa-apa untuk menyelamatkan mangsa mangsa banjir.
Menurut Lim lagi, walaupun Kerajaan PAS Kelantan selama ini terkenal dengan dasar pentadbiran yang bersih tetapi mereka juga harus menjadi sebuah Kerajaan yang boleh membuat kerja untuk rakyat.
Jika Kerajaan Kelantan tidak tahu menjalankan tanggungjawabnya sebagai sebuah Kerajaan Negeri, adalah lebih baik, mereka jangan menjadi Kerajaan Negeri di Kelantan.
Lim Guan Eng berkata demikian semasa menghadiri satu majlis kempen menambah keahlian parti DAP di Bukit Mertajam semalam.
Dari sini dapat dilihat dengan jelas, Lim secara terbuka telah ‘mengumpat’ parti Islam yang juga rakannya dalam geng Pakatan Rakyat kepada seluruh pembaca akhbar berbahasa Cina tersebut.
Bukan rahsia lagi, hubungan DAP dan PAS kini umpama retak menanti belah ekoran matlamat perjuangan yang tidak sama walaupun berada dalam satu kapal.
BACA: Kit Siang ‘Sound’ Hadi Kerana Bagi Amaran Peristiwa 13 Mei
Apa kata PAS dengan kenyataan Lim Guan Eng ini, adakah terlalu melampau?
-MYNEWSHUB.CC
Oleh: hzqahmd
https://www.youtube.com/watch?v=ho1-eq8ya1I