Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Puteri Balqis Warning Minah...

ALAHAI, tak faham sungguh kami mengapa akaun Instagram pelakon cilik, Puteri Balqis dijadikan 'medan...

Bunuh Anak Perempuan Kerana...

SEORANG lelaki yang mengalami masalah mental telah membunuh anak perempuannya yang berusia empat tahun...

NCSA Sebagai Agensi Ancaman...

PUTRAJAYA - Kerajaan memutuskan Agensi Keselamatan Siber Negara (NCSA) menjadi agensi tunggal dalam...

Isteri TPM Ketuai 80...

PEKAN - Isteri Timbalan Perdana Menteri Puan Sri Noorainee Abdul Rahman mengetuai 80...

Lisa Tolak Jadi Pengacara Karpet Merah Oscar Kerana Hamil?

SEJAK sehari dua ini, bertiup kencang andaian tentang status kehamilan pelakon cantik yang juga suri hati penyanyi Yusry Abdul Halim ini.

Khabar tersebut mula jadi perbualan setelah ruangan hiburan di sebuah akhbar tabloid menyiarkan cerita mendakwa Lisa Surihani tidak boleh mengumumkan kehamilannya buat masa sekarang kerana terikat dengan kontrak bersama Astro.

[BACA: Lisa Surihani Hamil? Tuan Punya Badan Enggan Komen]

Terbaharu portal Astro Awani melaporkan, heroin Istanbul Aku Datang itu dikatakan menolak tawaran menjadi pengacara segmen karpet merah bagi anugerah mega Hollywood iaitu Academy Awards yang dijadualkan berlangsung pada 22 Februari depan.

Lantas, ini menguatkan lagi cakap-cakap ramai bahawa Lisa menolak tawaran berharga itu berikutan situasi kehamilannya.


Usaha untuk mendapatkan reaksi balas daripada tuan empunya badan bagaimanapun gagal, malah ibu Lisa juga dikatakan enggan menjawab soalan berkenaan gosip kehamilan anaknya itu. -MYNEWSHUB.CC

Astro Awani – 15 Soalan Bersama Lisa Surihani

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori