Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

Perkongsian Kuasa Dengan Rampas...

SEMENYIH - Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini menggesa Barisan Nasional (BN) Selangor menzahirkan perkongsian kuasa...

Video: Aksi Lucu Ronaldo...

AKSI Kapten Portugal, Cristiano Ronaldo yang terpaksa dikeluarkan pada minit ke-24 akibat mengalami...

Muat Naik Video Kecewa,...

SEBELUM ini kita digemparkan dengan kemanisan episod 'cinta' penyanyi, Nabila Razali dan pelakon...

Polis Sudah Ambil Kenyataan...

KUANTAN - Polis negeri telah mengambil keterangan daripada Mufti Pahang, Datuk Seri Dr...

LTdL 2015: Juara Berganda Tour de France Beraksi

KUALA LUMPUR – Buat pertama kali, juara berganda Tour de France daripada pasukan Team Sky (Bradley Wiggins pada 2012 dan Chris Froome pada 2013) akan mengetuai senarai pasukan dalam kelompok World Team pada edisi ke-20 Le Tour de Langkawi (LTdL) 2015.

Pasukan berkenaan akan disertai tiga lagi pasukan dalam kelompok World Team pada LTdL kali ini, iaitu Orica-GreenEdge, Astana dan Tinkoff-Saxo.

Ketua Pegawai Eksekutif LTdL 2015, Datuk Malik Mydin berkata pasukan berkenaan adalah empat daripada lima pasukan terbaik di dunia.

“Kita bercakap tentang pasukan yang memenangi Tour de France tiga kali, sekali Giro d’Italia serta dua Vuelta a Espana dalam tempoh tiga tahun lalu.


“Ia penghormatan yang besar apabila pasukan ini berlumba di Malaysia,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Perlumbaan tersebut turut membabitkan penyertaan tujuh pasukan profesional benua, 11 pasukan benua serta pasukan dari Asia dan Malaysia.

Dianjurkan oleh Human Voyage Sdn Bhd, perlumbaan tersebut akan berlangsung dari 8 hingga 15 Mac, membabitkan lapan peringkat dengan jumlah jarak 1,000 kilometer. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori