Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Buat Anda Yang Ingin...

KEBIASAANNYA, sepinggan makanan tengah hari yang berlauk ayam, ikan dan sayur adalah dalam...

Pelaburan Tinggi, Pendapatan Isi...

GEORGE TOWN – Gerakan Pulau Pinang hari ini mempersoalkan kenapa purata pendapatan bulanan...

Misteri Tulang Berselerak Bongkar...

KOTA BHARU - Penemuan beberapa tulang berselerakan dekat Kampung Paya Rambai di sini...

Galakan Isteri, Wajah 2...

RIO DE JANEIRO - Ikon badminton negara, Datuk Lee Chong Wei melangkah ke...

Luahan Rindu Aril Pilus Kepada Arwah Abangnya Menyentuh Hati

TERSENTUH kami membaca luahan hati penyanyi dan DJ radio, Aril Pilus atau nama sebenarnya Khairil Azam Pilus terhadap arwah abangnya, Izwan Pilus.

Status luahan Aril mencuri tumpuan peminat yang rata-rata turut simpati dan terharu atas kehilangan abangnya itu.

Allahyarham Izwan Pilus yang juga merupakan penyanyi, telah genap tiga tahun kembali ke rahmatullah.

Allahyarham Izwan Pilus.
Allahyarham Izwan Pilus.

Berita allahyarham yang menghembuskan nafas terakhir pada 20 Januari 2012 disebabkan jangkitan kuman dalam darah ditangisi seluruh peminat hiburan.

Izwan cukup popular menerusi lagu Kembali Senyum kerana kelunakan suaranya.

Aril Pilus akui masih rindukan arwah abangnya.
Aril Pilus akui masih rindukan arwah abangnya.

Untitled


“Suara kau, nyanyian kau, perangai kau, menyakat kau dan semua yang berkaitan kau, sesaat pun tak pernah… tak akan pernah lupa.

“Takkan lupa pesan kau. I Love You, Abang Wan. Saya rindu nak peluk kau… nak cium kau.

“Semoga ditempatkan di kalangan orang yang beriman abang. Saya janji takkan sia-siakan mak dan ayah. I Love You sekali lagi Abang Wan. Tunggu saya ye abang… ,” kata Aril di laman Instagramnya.

Kita doakan moga Izwan Pilus ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman. Al-Fatihah. -MYNEWSHUB.CC

Video Nyanyian Izwan Pilus
https://www.youtube.com/watch?v=CZL_YqTRrx8

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori