LONDON – Luis Suarez kini berdepan masa depan tidak menentu bersama Barcelona selepas pemecatan pengarah sukan, Andoni Zubizarreta serta peletakan jawatan penolongnya, Carles Puyol.
Penyerang Uruguay kini dipantau rapi di Nou Camp sejak berpindah dari Liverpool dengan nilai STG75 juta (RM375 juta).
Dia turut tertekan belum dapat menemui sentuhan jaringan dengan hanya tiga gol daripada 12 perlawanan sejak tiba di Barcelona.
Kini pasukan gergasi Liga Perdana Inggeris sedang memerhati perkembangannya.
Terdahulu, Arsenal cuba mendapatkannya tetapi Manchester City, Manchester United dan Chelsea akan melihat kemajuan penyerang itu dalam tempoh lima bulan berikut.
Barcelona pernah melepaskan bintang Sweden, Zlatan Ibrahimovic ke AC Milan atas pinjaman.
Ia berlaku selepas dia gagal menyesuaikan diri dengan kelab bimbingan Pep Guardiola ketika itu sejak berpindah dari Inter Milan dengan harga STG50 juta (RM250 juta).
Suarez mungkin menunggu gilirannya jika dia tidak membolosi gawang lawan secara kerap selepas ini. – Mail Online
https://www.youtube.com/watch?v=_i2JlR2lu_c