Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

BN Dikompaun RM10,000 Kerana...

KUALA LUMPUR - Barisan Nasional (BN) dikenakan kompaun RM10,000 oleh Kementerian Kesihatan Malaysia...

Han Isaac Dilantik Pengerusi...

PELAKON, penerbit dan pengarah filem, Datuk Gerald Hans Isaac dilantik sebagai Pengerusi Perbadanan...

Kerajaan Timbang Permudah Visa

MELAKA : Malaysia mungkin perlu mengambil pendekatan memudahkan urusan permohonan visa bagi merancakkan...

Janna Nick Tuju 2...

BARU-BARU ini, Janna Nick telah dimasukkan ke hospital kerana mengalami jangkitan kuman pada...

Kalimah ALLAH: Permohonan Gereja Ditolak Mahkamah

ISU berhubung penggunaan kalimah Allah boleh dikatakan sudah berakhir, apabila Mahkamah Persekutuan Putrajaya menolak permohonan peringkat akhir Gereja Roman Katolik untuk menyemak keputusan terdahulu mahkamah yang tidak membenarkannya membuat rayuan berhubung larangan penggunaan kalimah Allah.

Gereja Roman Katolik mahu menggunakan kalimah suci buat umat Islam itu dalam penerbitan mingguan berbahasa Melayu mereka, The Herald.

Portal Agenda Daily melaporkan, panel lima hakim diketuai Tan Sri Abdull Hamid Embong sebulat suara memutuskan demikian selepas berpuas hati tidak berlaku ketidakadilan prosedur ketika mahkamah terdahulu membuat keputusannya.

BACA JUGA – Kronologi Isu Penggunaan Kalimah Allah Oleh Gereja Katolik

Abdull Hamid bersidang bersama Tan Sri Ahmad Maarop, Tan Sri Hassan Lah, Datuk Ramly Ali dan Datuk Azahar Mohamed.

Sebelum itu, pada sebelah pagi, Mahkamah Persekutuan telah menolak permohonan pihak gereja untuk menambah panel hakim prosiding berkenaan dan meneruskan prosiding dengan mendengar hujah peguam utama Gereja Roman Katolik Datuk Dr Cyrus Das.

Pada awal prosiding, mahkamah mendengar hujahan dikemukakan oleh Das berhubung pertambahan anggota panel. Das berhujah bahawa jumlah anggota panel hari ini sepatutnya lebih banyak daripada panel sebelum ini yang dianggotai tujuh hakim.

Beliau berkata adalah tidak sesuai bagi panel dianggotai jumlah anggota yang lebih kecil untuk menyemak keputusan panel sebelum ini yang jumlah anggotanya lebih banyak daripada kuorum sekarang.

Peguam Kanan Persekutuan Suzana Atan, yang mewakili Kementerian Dalam Negeri dan kerajaan berhujah, kuasa untuk menentukan kuorum terletak pada Ketua Hakim Negara dan perkara itu tidak boleh dipersoalkan.

“Kami mempunyai keyakinan sepenuhnya, tidak kira berapa ramai hakim yang bersidang dalam panel,” katanya.

Peguam Datuk Sulaiman Abdullah, yang bertindak sebagai peguam pemerhati bagi Majlis Agama Islam Terengganu, berhujah lima hakim sudah memadai untuk mendengar permohonan semakan itu.


Beliau berkata oleh kerana sidang terakhir dianggotai panel tujuh anggota, adalah sukar untuk memilih anggota panel hakim, dengan mengambil kira jumlah keseluruhan hakim Mahkamah Persekutuan.

Mahkamah Rayuan pada 14 Oktober 2013, sebulat suara membenarkan rayuan kerajaan untuk membatalkan keputusan Mahkamah Tinggi bahawa The Herald boleh menggunakan kalimah Allah.

Mahkamah Tinggi pada 31 Disember 2009 memutuskan bahawa keputusan Kementerian Dalam Negeri melarang The Herald menggunakan kalimah Allah adalah melanggar undang-undang, batal dan tidak sah.

Terdapat sembilan responden dalam kes ini iaitu Kementerian Dalam Negeri, kerajaan, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan, lima Majlis Agama Islam negeri dan Persatuan Cina Muslim Malaysia (Macma).

Lima negeri itu ialah Terengganu, Kedah, Johor, Melaka dan Selangor.

Pendengaran pada Rabu merupakan usaha terakhir pihak gereja untuk mengembalikan keputusan Mahkamah Tinggi yang mengisytiharkan perintah Kementerian Dalam Negeri melarang The Herald menggunakan kalimah itu adalah tidak mengikut undang-undang.

– MYNEWSHUB.CC

Jawapan Ilmuwan Islam Berkenaan Isu Penggunaan Kalimah Allah

http://youtu.be/17md4e6Gmhs

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori