Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Nafi Kenyataan Ada Kaitan...

AHLI Parlimen Kuala Nerus, Datuk Dr. Khairuddin Aman Razali menjelaskan bahawa kenyataannya sebelum...

Telco Perlu Kemuka Cadangan...

KUALA LUMPUR – Syarikat telekomunikasi diberi tempoh sehingga 30 Sept ini untuk mengemukakan...

“Terima Kasih Malaysia Doakan...

SEPANG - "Terima kasih kepada seluruh rakyat Malaysia yang doakan Ainul Mardhiah supaya...

India Keluar Waran Tangkap...

BIRO Penyiasatan Pusat India (CBI) telah memohon waran tangkap terhadap tokoh perniagaan Tan Sri...

Makan Sisa Pelanggan, Budak Pelarian Berdarah Dipukul

SEORANG kanak-kanak pelarian Syria yang kebuluran dipukul seorang pengurus restoran makanan segera Burger King semata-mata kerana memakan sisa kentang goreng ditinggalkan pelanggan di sebuah premis di Istanbul, Turki, baru-baru ini.

Ada antara saksi insiden tersebut kemudiannya mengambil gambar kanak-kanak malang yang berlumuran darah itu lalu dimuatnaik di laman sosial.

Orang awam yang membantu kanak-kanak tersebut dikatakan marah dengan tindakan tidak berperikemanusiaan pengurus restoran terbabit, begitu juga masyarakat yang mengetahuinya melalui Internet.

turki


Syarikat Burger King yang menyedari kejadian ini memberi impak negatif kepada restoran mereka segera mengeluarkan kenyataan bahawa mereka telah memecat pekerja yang bertindak keterlaluan itu.

“Perbuatan pekerja itu tidak melambangkan jenama serta dasar kerja Burger King. Premis tersebut telah membuang pekerja terbabit dan kami memohon maaf atas kejadian memalukan ini,” kata wakil syarikat itu. -MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori