Sunday, November 17, 2024

Creating liberating content

RUU 355: UMNO Akan...

PUTRAJAYA - UMNO akan mengadakan perbincangan dengan parti komponen Barisan Nasional (BN) mengenai...

GST Lebih 60 Lagi...

KUALA LUMPUR - Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) berkata Cukai Barang dan Perkhidmatan...

Beberapa Negara Komited Kongsi...

PUTRAJAYA - Malaysia bersedia menyumbang idea dan pengalaman menjayakan sistem Perkongsian Awam-Swasta (PPP)...

Najib Terima Kunjungan Hormat...

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menerima...

Malaysia Antara Negara Persaraan Terbaik Di Dunia

NEW YORK – Di sebalik nahas melibatkan tiga syarikat penerbangan yang berpangkalan di Malaysia – dua pesawat Malaysia Airlines dan sebuah pesawat AirAsia, pada 2014 – Malaysia tetap memiliki daya tarikan istimewa.

Ini terutama bagi golongan pesara di benua Amerika Utara, yang mencari tempat persaraan di luar negara untuk melarikan diri daripada kenaikan kos sara hidup, cuaca melampau pada musim sejuk dan tekanan hidup seharian.

Malah Malaysia mendapat kedudukan istimewa dalam Indeks Persaraan Global Tahunan 2014 yang disediakan berdasarkan maklumat daripada pasukan ‘International Living‘, sebuah majalah mengenai persaraan di luar negara.

Ia meliputi faktor iklim, penjagan kesihatan, kos sara hidup, keselamatan diri dan faktor lain, yang dikenali sebagai ‘best-bang-for-your-buck retirement destinations on the planet’ (destinasi persaraan paling berbaloi bagi wang yang dibelanjakan).

Malaysia tersenarai sebagai salah satu daripada lima destinasi persaraan paling digemari, di belakang Ecuador, Mexico dan Panama, bahkan mendahului semua destinasi persaraan lain di Asia jauh di belakang Malaysia iaitu Thailand, Filipina dan Vietnam.

Laporan tentang indeks tersebut, yang dipaparkan di laman web ‘International Living’, menjelaskan bahawa setiap tahun, semakin ramai ekspatriat mengagumi peluang yang ditawarkan Malaysia.

“Malaysia antara ekonomi paling cergas di Asia dan ini dipamer melalui taraf hidup tinggi dinikmati penduduk tempatan dan ekspatriat. Itu cuma satu daripada pelbagai faktor lain sekali gus diberi ranking tertinggi dalam kalangan negara Asia,” menurut laporan itu.

Kualiti kehidupan di Malaysia dianggap meliputi kecekapan kos dan hebat. Di lokasi yang selalunya menjadi pilihan utama ekspatriat seperti Kuala Lumpur dan Pulau Pinang, hartanah berkualiti tinggi mudah didapati untuk disewa pada kos rendah.

“Kenapa perlu membeli sedangkan anda boleh menyewa satu unit pangsapuri seluas 1,600 kaki persegi yang mempunyai kolam renang dengan hanya AS$850 sebulan?” menurut laporan itu.


Laporan tersebut menyatakan seseorang itu boleh menikmati kehidupan mewah di Malaysia dengan bajet sederhana. International Living mengambil contoh warga New York, Thomas O’ Neal, yang tinggal di Pulau Pinang.

Mereka memetiknya sebagai berkata: “Saya menyewa satu unit pangsapuri seluas 1,600 kaki persegi, yang mempunyai kolam renang dan mengambil masa hanya lima minit berjalan kaki untuk ke pusat beli-belah Gurney Plaza.

“Saya membayar sewa hanya AS$850 sebulan. Saya tidak perlu memiliki kereta dan oleh itu saya menjimatkan wang. Saya sukakan cuacanya, purata 82 Fahrenheit, serta kemudahan untuk ke Thailand, Kemboja, Vietnam dan Laos.

“Jika diambil kira semua ini dengan kos sara hidup AS$1,500 sebulan, termasuk sewaan, ia sukar ditandingi,” kata O’ Neal. Menurut indeks itu lagi, Malaysia tempat paling sesuai meneroka pelbagai kekayaan alam semula jadi, sejarah dan budaya yang ada di Asia Tenggara.

Kewujudan semakin banyak syarikat penerbangan tambang rendah Asia kebelakangan ini memudahkan lagi seseorang itu untuk meneroka Thailand, Indonesia, India dan Jepun. Di Malaysia, Asia berada di depan pintu.

Beberapa pakar Amerika Utara berpendapat Malaysia perlu melancarkan kempen untuk menghebahkan kemudahan yang terdapat di Malaysia kepada golongan pesara.

“Tourism Malaysia perlu memanfaatkan indeks ini dengan pantas. Jangan persia-siakan kesempatan yang ada sebelum ia hilang,” kata pakar persaraan antarabangsa, George Richards. – Bernama

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori