Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

6,000 Pil Syabu Ditemui...

PADANG BESAR - Polis memberkas lima lelaki berikutan penemuan 45 kilogram ganja dan...

KEMASKINI: Kes Pasangan Separuh...

EH, apa kes pasangan ini sampai nak berjalan separuh bogel di tengah-tengah bandar...

VIDEO: Carta 20 Jenis...

TIDAK semua permainan untuk kanak-kanak itu sebenarnya memberi manfaat kepada mereka. Ini kerana...

Azmin Anggap Pemimpin PAS...

KUALA LUMPUR - Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mencemuh pemimpin...

M’sia Bincang Dgn China, Australia Tambah Kapal Cari MH370

WALAUPUN dunia kini tertumpu pada nahas pesawat AirAsia Indonesia QZ8501, namun usaha mencari pesawat milik Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) MH370 tetap diteruskan.

Memasuki bulan kesembilan, operasi SAR bakal diperkuatkan lagi apabila Malaysia kini sedang dalam perbincangan dengan China dan Australia untuk menggunapakai kapal Fugro Supporter.

Menurut Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai, oleh kerana kesulitan yang dihadapi oleh anggota SAR dalam misi mereka di selatan Lautan Hindi, lebih banyak kelengkapan perlu digunakan.

liow tiong lai mca

Ujarnya, ketika ini, tiga buah kapal digunakan dalam operasi tersebut iaitu Go Pheonix,  Furgo Discovery dan Furgo Equator.

Kami sedang berusaha menambah satu lagi kapal dan apabila tiba masanya, kami akan buat pengumuman mengenainya,” ujar beliau kepada pemberita.


mh-370-in-southern-indian-ocean

Setakat ini, operasi mencari pesawat malang yang hilang pada 8 Mac lalu di lautan Hindi telah meliputi 26 peratus dari 60,000 kilometer persegi kawasan pencarian.

MH370 yang sedang melakukan penerbangan dari Kuala Lumpur menuju Beijing, China, dilaporkan hilang kira-kira jam 2:40 pagi dengan membawa 227 orang penumpang termasuk dua bayi dan 12 anak kapal. – MYNEWSHUB.CC

Temubual Eksklusif Tentang MH370 Bersama Tun Mahathir Di TV3

https://www.youtube.com/watch?v=TQsuCRo0ql4

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori