Saturday, November 23, 2024

Creating liberating content

Kaka Azraff Mahu Fokus...

WALAUPUN ramai artis yang ceburi bidang perniagaan bagi menambah pendapatan, penyanyi Kaka Azraff...

Library MMU Diceroboh Babi...

PUTRAJAYA - Kerja membersih dan menyamak ruang dalam perpustakaan Multimedia University (MMU) di...

PN Tanding 169 Kerusi...

Kuala Lumpur : Perikatan Nasional (PN) akan bertanding di 169 kerusi Parlimen dan...

Wanita Perlu Kuasai Aspek...

IPOH - Golongan wanita perlu menguasai aspek digital bersesuaian dengan Revolusi Industri 4.0...

Malaysia Harap Muktamadkan Rundingan RCEP Tahun Ini

NEW DELHI – Malaysia berharap rundingan Kerjasama Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP) dapat dimuktamadkan menjelang akhir tahun, kata Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed.

“Tahun ini sangat penting bagi Malaysia selaku Pengerusi Asean pada 2015. dan sasaran kita ialah untuk memuktamadkan rundingan RCEP,” katanya.

Namun, kejayaan misi itu agak mencabar memandangkan rundingan melibatkan 16 negara, katanya.

“Kami menyedari wujudnya cabaran. Malah, rundingan dua hala sekali pun ada kalanya mengambil masa yang panjang untuk dimuktamadkan, dan kini kami berunding dengan 16 negara dengan pelbagai peringat pembangunan ekonomi,” katanya pada sidang media di sini pada Khamis.

RCEP yang merupakan cadangan perjanjian perdagangan bebas (FTA), melibatkan 10 negara anggota Asean serta enam negara lain iaitu Australia, China, India, Jepun, Korea Selatan dan New Zealand.

Rundingan untuk RCEP, yang meliputi 3 bilion penduduk serta gabungan keluaran dalam negara kasar (KDNK) US$17 trilion, dilancarkan pada November 2012 sempena Sidang Kemuncak Asean di Kemboja.

RCEP meliputi perdagangan barangan, perdagangan dan perkhidmatan, pelaburan, ekonomi dan kerjasama teknikal, hak harta intelektual, persaingan, penyelesaian pertikaian serta isu-isu lain.

Mustapa yang mengetuai misi perdagangan dan pelaburan selama tiga hari di ini, berkata beliau yakin Asean akan muncul sebagai destinasi yang lebih menarik kepada pelabur apabila ia merealisasikan komuniti ekonomi akhir tahun ini.


“Secara puratanya, Asean berkembang antara 5 dan 6 peratus, negara CLMV (Kemboja, Laos, Myanmar dan Vietnam) berkembang antara 8 dan 9 peratus. Kami yakin ia akan menjadi peserta ekonomi yang sangat penting menjelang 2020 berdasarkan potensi perkembangannya,” katanya.

Mengenai hubungan Asean-India, beliau menekankan supaya usaha sama yang lebih rapat dijayakan bagi meneroka potensi besar ekonomi yang belum diusahakan antara Asean dan India menerusi hubungan perniagaan dan perniagaan dan penduduk dengan penduduk.

Mustapa berkata demikian pada seminar mengenai ‘Kerjasama Perdagangan dan Ekonomi India-Malaysia dalam Konteks Kedinamikan Ekonomi India dan Dasar ‘Act East” India’ anjuran Research and Information System for Developing Countries (RIS).

Asean dan India sudah mempunyai hubungan FTA ke atas barangan, dan pakatan perdagangan bagi perkhidmatan dan pelaburan akan berkuat kausa mulai 1 Julai, 2015.

“Malaysia dan India mempunyai hubungan dua hala yang kukuh, dan sebagai pengerusi Asean tahun ini, kami berharap hubungan itu dapat diperkukuh,” kata Mustapa.

India dan Asean menetapkan sasaran dagangan sebanyak US$100 bilion menjelang 2015. Nilai dagangan antara Asean dan India pada 2011-2012 berjumlah US$80 bilion. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori