Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

SPRM Kesan Tiga Saksi...

PUTRAJAYA - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang mengesan tiga saksi bagi membantu...

CPTPP Penting Untuk Majukan...

KOTA BHARU - Perjanjian Komprehensif dan Progresif bagi Perkongsian Trans-Pasifik (CPTPP) yang ditandatangi...

3 Pengarah Gagal Cabar...

KUALA LUMPUR - Tiga Anggota Jemaah Pengarah (AJP) Pertubuhan Peladang Kebangsaan (Nafas) hari...

Polis Kelantan Sentiasa Tegas...

KOTA BHARU - Polis Kelantan menafikan dakwaan tidak mengambil sebarang tindakan terhadap kegiatan...

Malaysia Kutuk Serangan Ekstremis Terhadap Akhbar Charlie Hebdo

PUTRAJAYA: Kerajaan Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya serangan ekstremis terhadap pejabat akhbar  mingguan satira, Charlie Hebdo di Paris yang telah mengorbankan 12 nyawa.

Ucapan takziah kepada semua mangsa dinyatakan Malaysia menerusi Jabatan Perdana Menteri yang turut mengutuk serangan terhadap mangsa tidak bersalah tersebut.

Seperti pernah dinyatakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, masalah pelampau agama boleh ditangani dengan mengamalkan sikap saling menghormati dan bertolak ansur sekaligus dapat mengelakkan perkara sebegini berlaku.

Insiden Selasa lalu menyaksikan penyerang bersenjatakan Kalashnikov dan pelancar roket menyerang bangunan pejabat  Charlie Hebdo sebelum berlaku kejadian tembak-menembak dengan pasukan keselamatan hingga mengorbankan 12 nyawa.


Susulan itu, pihak berkuasa memburu tiga suspek dipercayai dalang utama iaitu lelaki dikenali sebagai Hamyd Mourad dan dua beradik, Said Kouachi dan Cherif Kouachi.

BACA: Serangan Charlie Hebdo: Polis Perancis Buru 3 Suspek

Pada November 2011, pejabat akhbar berkenaan pernah dibom selepas menerbitkan karikatur Nabi Muhammad dengan menggunakan tajuk Charia Hebdo. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori