Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Shaheizy Sam Tak Makan...

PERASAN tak pada acara Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2014 pemenang Artis...

101 Penghuni Rumah Panjang...

LIMBANG - Sebuah rumah panjang 14 pintu di Kampung Meresan, Jalan Kubong Pandaruan...

Bantuan Tunai RM10 Bilion...

KUALA LUMPUR - Kerajaan akan menyalurkan bantuan tunai langsung kepada rakyat dengan nilai...

Rafizi Diminta Mohon Maaf...

KUALA TERENGGANU - "Mohon maaf atau dikenakan tindakan undang-undang", itulah kata dua yang...

Tahniah…. Malaysia Berpesta Gol Belasah Singapura 16-1

SINGAPURA – Malaysia menamatkan saingan Kumpulan A Pusingan Kedua Liga Hoki Dunia 2015 dengan berpesta gol apabila membelasah Singapura 16-1 di Stadium Hoki Sengkang, di sini pada malam Selasa.

Kejayaan itu meletakkan Malaysia di kedudukan teratas kumpulan berkenaan dengan sembilan mata setelah mencatat tiga kemenangan berturut-turut pada kejohanan tersebut.

Skuad bimbingan Tai Beng Hai itu akan berdepan Mexico, yang menduduki tangga tercorot dalam Kumpulan B, pada suku akhir Khamis ini.

Dalam perlawanan hari ini, Faizal Saari muncul penjaring terbanyak Malaysia apabila menjaringkan enam gol pada minit ke-6, 19, 25, 31, 32 dan 51.


Gol Malaysia lain dijaringkan oleh Muhammad Firhan Ashari (minit ke-13, 25), Muhammad Razie Abdul Rahim (minit ke-24, 52), Muhammad Haziq Shamsul (minit ke-37, 53), Muhammad Marhan Mohd Jalil (minit ke-42) dan Izwan Firdaus Ahmad Tajuddin (minit ke-44).

Tengku Ahmad Tajudin Abdul Jalil turut mencatat nama dalam senarai penjaring apabila melengkapkan kemenangan besar Malaysia dengan menyumbat masuk dua gol pada minit ke-58 dan 60.

Gol saguhati Singapura dijaringkan oleh Ian Vanderput pada minit ke-32. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • hoki

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori