Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Isu Skandal Juwairiya-Amirudin Diurus...

KUALA SELANGOR - Siasatan tuduhan skandal mengaitkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit...

Panas Tengok Nurse Diherdik,...

“WEI bodoh! Angkat betul-betul lah!”Dari tadi aku dah perhatikan waris pesakit ini agak...

Standard Minimum Pembayaran Mudah...

KUALA LUMPUR - Bank Negara Malaysia (BNM) akan memperkenalkan standard minimum untuk pembayaran...

Muhyiddin Jaga Kawasan, Jangan...

BAGAN DATUK - Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tan Sri Muhyiddin Yassin...

Malaysia Tetapkan 2 Agenda Utama Sebagai Pengerusi Asean

PUTRAJAYA – Merealisasikan penubuhan Komuniti Asean 2015 dan membangunkan Wawasan Komuniti Asean Pasca 2015 menjadi dua keutamaan Malaysia apabila negara ini memikul tugas sebagai Pengerusi Asean bermula hari ini.

Ketua Pengarah Sekretariat Kebangsaan Asean-Malaysia Datuk Muhammad Shahrul Ikram Yaakob berkata dua perkara itu adalah sebahagian daripada lapan bidang keutamaan yang ingin dilaksanakan Malaysia sepanjang tempohnya menduduki kerusi berkenaan.

“Sebagai pengerusi, Malaysia memikul tanggungjawab besar dalam memastikan pelaksanaan baki daripada rancangan yang ditetapkan di bawah Pelan Tindakan kesemua tiga tonggak – keselamatan politik, ekonomi dan sosiobudaya serta menyempurnakan dengan paling berkesan Peta Hala Tuju Komuniti Asean (2009-2015).

“Kami juga bertekad untuk mengemudi perbincangan bagi menggariskan wawasan pasca 2015, yang akan menjadi panduan bagi Komuniti Asean untuk terus berkembang dan makmur dengan berlandaskan semangat kekitaan sebagai satu komuniti,” katanya kepada Bernama di sini Khamis.

Malaysia, yang mengambil alih tugas itu daripada Myanmar, akan menjadi hos Sidang Kemuncak Asean ke-26 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) pada 26 dan 27 April tahun ini.

Pemukiman Menteri-menteri Luar Asean, yang akan berlangsung di Sutera Harbour Resort, Kota Kinabalu pada 27 dan 28 Jan, akan menjadi pembuka tirai bagi siri mesyuarat peringkat menteri dan mesyuarat berkaitan ketika Malaysia menjadi pengerusi pertubuhan serantau itu tahun ini.

Di samping lapan keutamaan berkenaan, Malaysia juga memberi tumpuan bagi memastikan kejayaan beberapa agenda lain seperti Deklarasi mengenai Pembanterasan Jenayah Rentas Sempadan, Perjanjian Asean mengenai Pertukaran Banduan dan penubuhan Batalion Pengaman Asean.

Di samping itu, Malaysia turut memberi fokus kepada Pelan Tindakan Perusahaan Kecil dan Sederhana (SME) Asean, Deklarasi Asean mengenai Warga Tua dan Forum Wanita Pertama Asean, kata Muhammad Shahrul Ikram.

Beliau berkata dalam tempoh menjadi pengerusi Asean, Malaysia juga akan mengutamakan kesejahteraan rakyat dengan memberi fokus terhadap kegiatan berpaksikan rakyat.


“Lebih banyak usaha akan dilakukan bagi meningkatkan kesedaran tentang Asean, khususnya dalam kalangan rakyat Malaysia,” katanya.

Beliau berkata perkara itu sejajar dengan wawasan Malaysia untuk melahirkan “Asean Berpaksikan Rakyat” dan temanya sebagai pengerusi Asean iaitu ‘Rakyat Kita, Komuniti Kita dan Wawasan Kita’.

“Malaysia percaya bahawa kejayaan Asean secara keseluruhannya memerlukan penglibatan lebih luas dan mendalam semua sektor masyarakat di rantau ini.

“Oleh itu, rakyat daripada segenap lapisan, tanpa mengira usia, pekerjaan dan latar belakang, masing-masing mempunyai peranan yang perlu dilaksanakan,” katanya sambil menjelaskan bahawa kesedaran tentang kepentingan Komuniti Asean dalam kalangan rakyat Malaysia masih terhad kepada segmen tertentu sahaja.

Beliau berkata rakyat mempunyai peranan penting untuk membina dan memastikan kejayaan Komuniti Asean.

Asean yang berpaksikan rakyat akan memberi lebih banyak peluang kepada orang ramai untuk berinteraksi bagi menambah baik dan meningkatkan tadbir urus, ketelusan, taraf hidup, pembangunan lestari, peranan wanita serta mewujudkan lebih banyak peluang untuk seluruh warganya, terutama golongan belia, kata beliau.

Ditubuhkan pada 8 Ogos 1967 oleh Indonesia, Malaysia, Filipina, Singapura dan Thailand, Asean kini turut dianggotai Brunei Darussalam, Kemboja, Laos, Myanmar dan Vietnam. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori