Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Pembinaan Semula Gaza Memerlukan...

RAMALLAH - Pembangunan semula Semenanjung Gaza yang musnah sepanjang tempoh 50 hari peperangan...

UNICEF Terkejut Kes 402...

KUALA LUMPUR : Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) terkejut dan bimbang dengan...

Sakit Macam Nak Mati,...

BEBERAPA hari lalu, penyanyi Siti Sarah Raisuddin terpaksa dikejarkan ke sebuah hospital gara-gara...

Tanaman Jagung Bijirin Kemaman...

KEMAMAN - Projek perintis penanaman jagung bijirin untuk makanan ternakan seluas 38 hektar...

Mangsa Banjir Kelantan Marah, Borang Bantuan Zakat Habis!

IBARAT sudah jatuh ditimpa tangga, begitulah nasib diterima ribuan mangsa banjir apabila borang bantuan wang zakat yang dikeluarkan oleh Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) dikatakan telah habis.

Menerusi gambar yang dikirimkan kepada Mynewshub, ribuan mangsa banjir dilihat memenuhi pekarangan pejabat MAIK bagi mendapatkan borang bantuan wang zakat.

Ada antara mereka didakwa telah menunggu seawal jam 6 pagi semata-mata untuk mengisi borang berkenaan, namun gagal kerana berlaku perebutan dan asak mengasak antara satu sama lain hingga akhirnya membawa kepada kekecohan.

Paling menyedihkan, apabila penduduk yang menetap jauh dari Kota Bahru seperti Gua Musang dan Kuala Krai turut datang selepas dimaklumkan MAIK akan memberi bantuan wang zakat bagi mangsa yang kehilangan rumah dan mengalami kerosakan harta benda ekoran banjir.

banjirmaik

Namun, ramai yang hampa dan kecewa setelah dimaklumkan pada jam 4 petang bahawa borang telahpun habis dan mereka diminta supaya pulang.

Beberapa mangsa banjir yang ditemui menyifatkan, MAIK gagal mengurus atau mengendalikan pengagihan borang itu sehingga berlaku asakan dan kekecohan apabila masing-masing berebut mahu mendapatkan borang berkenaan kerana bimbang ia habis.

Memetik laporan Bernama, seorang mangsa banjir yang mahu dikenali sebagai Mohd Zahari, 57, berkata, dia bertolak dari Bandar Lama Gua Musang ke pejabat MAIK di Kota Bharu kira-kira jam 3 awal pagi tadi dan sampai di situ sekitar 5.30 pagi.

Bagaimanapun sebaik sahaja pintu pejabat dibuka jam 8 pagi, ribuan orang yang berkumpul terus menyerbu masuk untuk mendapatkan borang.

“Saya tersepit di celah-celah ribuan orang ramai yang berlari-lari menuju pejabat. Malangnya bila tiba giliran saya, borang sudah habis.

“Ramai juga yang tidak dapat borang bantuan zakat, malah ada yang bawa anak kecil datang dari jauh untuk mengisi borang ini dengan harapan dapat bantuan daripada MAIK,” katanya.

Seorang lagi mangsa banjir, Hasnah Abdul Rahman, 46, berkata, MAIK sepatutnya mengagihkan borang itu mengikut jajahan dan jumlah penduduk yang disenaraikan sebagai mangsa banjir.


Tetapi, katanya, orang ramai pula diminta datang ke pejabat MAIK di Kota Bharu sehingga dia bersama keluarga dan jirannya turut ke situ pada awal pagi.

“Saya sampai, orang ramai sudah memenuhi setiap ruang dan sudut pejabat agama ini. Ada yang bawa anak, ada yang bawa ibu bapa yang sudah tua, tetapi mereka juga tidak dapat borang itu.

“Saya rayu kepada pihak MAIK, hantarlah borang-borang ini ke setiap jajahan supaya yang tinggal jauh dapat mengambilnya di pejabat agama jajahan,” katanya yang terpaksa balik dengan tangan kosong.

Seorang lagi mangsa banjir, Yuseri Yusoff berkata, mereka yang datang ke pejabat itu diarah pulang oleh pegawai MAIK dengan alasan borang untuk mohon bantuan banjir sudah habis.

“Selepas pengumuman itu, kaunter terus ditutup dan pegawai bertugas tidak ada lagi di kaunter itu.

“Saya kesian dengan mangsa banjir yang datang dengan anak kecil mengharapkan bantuan beratur di tengah panas. Banjir di Kelantan ini melibatkan ratusan ribu mangsa bukannya 15 orang,” katanya marah.

Yuseri berkata, MAIK mempunyai imam, bilal dan jawatankuasa masjid yang dilantik di setiap mukim di seluruh Kelantan, justeru kenapa mereka ini tidak diberi tanggungjawab untuk mengagihkan borang itu.

MAIK memperuntukkan kira-kira RM32 juta wang kutipan zakat sepanjang tahun lalu untuk diagihkan kepada mangsa banjir di Kelantan.

Namun, kaedah pengagihannya dikatakan tidak tersusun menyebabkan orang ramai berasak-asak dan berebut-rebut sesama sendiri di pekarangan pejabat itu semata-mata untuk mendapatkan borang bantuan.

Sepatutnya MAIK memikirkan kaedah terbaik supaya orang ramai tidak perlu berebut dan bersesak-sesak sebegini, apatah lagi keadaan hidup mereka sekarang pun sudah cukup terhimpit ekoran bencana alam baru-baru ini. -MYNEWSHUB.CC

Oleh: hzqahmd

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori