Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Pokok Apa Yang Ditanam...

Andai berlaku kematian, maka kita akan berkata itu sudah ajal.Betul.Namun, andai kematian itu...

Anwar Tiba Di Indonesia...

JAKARTA: Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Indonesia, hari ini, dalam lawatan rasmi...

Daging Babi Paling Sedap,...

Hasil coretan Kaesang Pangarep, anak bongsu kepada Presiden baru Indonesia, Joko Widodo, dalam...

Yusry Kongsi Foto Baby...

PELAKON Lisa Surihani yang kini sarat mengandung nampaknya sedang menghitung hari untuk melahirkan...

Mangsa Banjir Di Pahang, Perak Berkurangan

KUALA LUMPUR – Jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan di Pahang dan Perak berkurangan pagi ini manakala di Kelantan dan Johor kekal seperti yang direkodkan malam tadi dengan masing-masing sejumlah 1,843 orang dan 32 orang.

Pahang mencatatkan penurunan kepada 1,995 mangsa banjir pagi ini berbanding 3,026 malam tadi manakala di Perak pula berkurangan daripada 2,381 orang kepada 2,363 orang pagi ini.

Dengan itu, jumlah keseluruhan mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan seluruh negara pagi ini menurun kepada 6,233 orang berbanding 7,282 orang malam tadi.

Di Pahang, jurucakap Bilik Gerakan Banjir Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang berkata, daerah Pekan menempatkan 1,222 mangsa diikuti Kuantan (440), Temerloh (311), Bera (14), Bentong (tujuh) dan seorang di Maran.

Sementara itu, di Perak pula jurucakap Majlis Keselamatan Negara (MKN) Perak berkata, sehingga kini 12 pusat pemindahan masih dibuka di empat daerah dengan Perak Tengah menempatkan 1,845 orang, Hilir Perak (357), Manjung (124) dan Hulu Perak (37). – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori