Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

10 Kontak Kes Zika...

KOTA KINABALU - Sepuluh orang yang ada kontak dengan kes Zika tempatan pertama...

Polis Cari 2 Saksi...

MELAKA - Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Melaka Tengah meminta...

KJ Sifat Kes Zahid...

BONGKAR... Khairy Jamaluddin menyifatkan pertuduhan dibuat terhadap Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad...

Kerajaan P. Pinang Digesa...

GEORGE TOWN - Penduduk Pulau Pinang mahu kerajaan negeri mengkaji semula cadangan projek...

Mangsa Banjir Di Sarawak, Sabah Berkurangan

KUALA LUMPUR – Jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan di Sarawak dan Sabah menurun setakat 5 petang ini dengan keseluruhan mangsa di kedua-dua negeri berkurangan kepada 1,026 orang berbanding 1,146 orang tengah hari tadi.

Di SARAWAK, Penolong Setiausaha Majlis Keselamatan Negara (MKN) Sarawak Salihin Annuar berkata jumlah mangsa banjir di negeri itu turun kepada 1,005 orang berbanding 1,099 orang tengah hari tadi.

Kesemua mangsa daripada 296 keluarga itu ditempatkan di tiga pusat pemindahan dengan Bintulu menempatkan 830 orang, Limbang (109) dan Mukah (66).

Sementara sebuah pusat pemindahan di bahagian Samarahan yang menempatkan 54 orang mangsa tengah hari tadi telah ditutup.


Di SABAH, menurut Jurucakap Bilik Gerakan Banjir Beaufort, jumlah mangsa banjir direkodkan menurun kepada 21 orang daripada enam keluarga berbanding 47 orang daripada 10 keluarga tengah hari tadi.

Pusat pemindahan banjir yang masih dibuka adalah Dewan Baru Membakut. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori