BUKAN semua mangsa culik berpeluang untuk bertemu semula dengan keluarga terutamanya selepas bertahun-tahun terpisah.
Namun, di Sichuan, China, seorang pemuda berjaya menjejaki keluarganya selepas dia diculik di sebuah pasar tempat bapanya berniaga sayur, 24 tahun lalu.
Sun Bin, 28, dilarikan oleh penculik dan dibawa ke Xuzhou, Jiangsu ketika dia baru berusia empat tahun.
Pertemuan antara Sun Bin dengan bapa dan adik perempuannya telah diatur oleh sebuah biro keselamatan awam selepas pemuda itu memohon bantuan mereka sebelum ini.
Ternyata keluarga itu tidak dapat menahan tangisan kegembiraan mereka sebaik sahaja bertemu dan ia turut disaksikan oleh sekumpulan wartawan.
Menurut bapanya, sebaik sahaja Sun diculik, dia dan isterinya berusaha menjejaki anak mereka termasuklah di Chongqing, Ganzi, dan Henan.
“Selagi ada petunjuk, selagi itulah kami terus mencarinya,” katanya.
Dalam pertemuan itu juga, Sun turut diperkenalkan dengan adik perempuannya yang tidak pernah dikenalinya kerana dia dilahirkan selepas kejadian culik itu. – MYNEWSHUB.CC
https://www.youtube.com/watch?v=kF6rYzUKkmE
Oleh: ELZA