Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

3 Rakyat Malaysia Terima...

KUALA LUMPUR - Tiga anak muda Malaysia membanggakan negara apabila menjadi antara lebih...

IBR: SPRM Selangor Sedia...

SHAH ALAM - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bersedia untuk bertemu dengan Menteri...

Bot Tempur TLDM Belum...

KUALA LUMPUR - Sebuah bot tempur bersama tujuh anggota Tentera Laut Diraja Malaysia...

Pedofilia Dilarang Dekati Kanak-Kanak...

GENEVA - Switzerland akan menguatkuasa larangan seumur hidup ke atas penjenayah pedofilia daripada...

Masuk Hari Ke-8, Jasad Mangsa QZ8501 Sudah Tak Dapat Dicam

SETELAH lapan hari pesawat milik AirAsia Indonesia terhempas di Perairan Karimata, Indonesia, kebanyakan jenazah penumpang kapal terbang tersebut ditemui dalam keadaan yang tidak dapat dicam.

Semakin hari, kondisi mayat semakin membusuk. Secara visualnya, ia tidak mungkin lagi dapat dikenali,” ujar Ketua Pusat Kedoktoran & Kesihatan, Arthur Tampir di Surabaya, pagi tadi.

Lantaran itu ujarnya, kesemua jenazah perlu dihantar ke RS Bhayangkara untuk proses identifikasi atau pengecaman mayat sebelum dapat dikenalpasti.

Setiap jasad tersebut akan melalui prosedur pengecaman dengan mengambil sampel data primer seperti DNA dan gigi. Selain itu, prosedur tersebut turut melibatkan data sampingan seperti barangan milik mangsa dan ciri khas pada bahagian tubuh.

uploads--1--2014--12--50308-30-kri-bung-tomo-357-temukan-pesawat-airasia-qz8501-2-dua-jenazah-korban file6ilh4i4avbp127oryean

Menurut Arthur lagi, sehingga kini terdapat kira-kira 160 ahli forensik yang bertugas dalam pasukan Disaster and Victim Identification (DVI) khas untuk insiden pesawat QZ8501.


Sehingga kini, 30 jenazah telah ditemui di lokasi nahas pesawat di Kalimantan Tengah, namun hanya enam jasad dapat dikenali dan baki 24 jenazah lagi masih berada dalam proses pengecaman.

Pasukan tersebut kini menyediakan ruang khas sejuk untuk dijadikan tempat menyimpan kesemua jenazah yang ditemui agar ia berada dalam keadaan baik dan tidak terus rosak. – MYNEWSHUB.CC

Oleh : IZZAT MOHD ANUAR

Ahli Keluarga Penumpang QZ8501 Harap Jasad Dapat Dicam Segera – Astro Awani

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori