“BERAT mata memandang, berat lagi bahu yang memikul”
Sesungguhnya keluarga bayi ini diuji dengan ujian dan dugaan yang cukup besar apabila rumah yang didiami hangus terbakar hingga mengorbankan salah seorang kembar bayi mereka.
Tambah menyayat hati, salah seorang bayi kembar yang terselamat dikatakan sedang bertarung nyawa akibat melecur seluruh badan ekoran disambar api.
Kini, bayi kecil tersebut dilaporkan berada dalam keadaan kritikal dan sedang mendapat rawatan dalam Unit Rawatan Rapi (ICU) di Universiti Sains Malaysia.
Untuk pengetahuan anda, gambar kondisi bayi ini sudah mula tersebar di laman sosial, Facebook dan rata-rata pengguna sosial meluahkan perasaan simpati atas kejadian yang menimpa keluarga ini.
Tidak kurang juga, yang menitiskan air mata kerana tersentuh melihat penderitaan yang dialami bayi sekecil ini.
Mengimbas kembali kejadian kebakaran itu, pasangan bayi kembar itu dikatakan sedang tidur di rumahnya yang terletak di Kampung Lalang Pepuyu, Tanah Merah, Kelantan.
Insiden kebakaran itu dipercayai berpunca dari api lilin yang dipasang ibunya ekoran ketiadaan bekalan elektrik ketika bencana banjir yang berlaku di sana.
Apa pun diharapkan, moga kita semua sama-sama membantu dengan berdoa agar bayi kecil ini segera sembuh seperti sedia kala dan dipanjangkan umurnya. Ameen..
Semoga keluarga bayi ini tabah menghadapi ujian dan dugaan ini. – MYNEWSHUB.CC
Video Bayi Jantung Di Luar