Beijing – Sebuah gudang yang runtuh sehari selepas terbakar mengakibatkan kematian tiga anggota bomba manakala 13 lain turut cedera.
Parti Komunis Harbin melaporkan di akaun Sina Weibo miliknya bahawa seorang pengawal keselamatan turut parah dalam kebakaran pada malam Sabtu itu.
Dua lagi anggota bomba masih hilang setakat pagi semalam.
Agensi berita Xinhua melaporkan, anggota terbabit berada di tingkat dua gudang barangan seramik itu apabila lantai dipijak runtuh.
Tiga anggota bomba yang cedera dalam keadaan kritikal. – AP