Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

17 GRO Warga Asing...

IPOH - Polis menahan 17 gadis warga asing yang dipercayai bekerja sebagai pelayan...

PLUS Tawar Rebat 30...

KUALA LUMPUR - Sempena Aidilfitri yang bakal menjelang, PLUS Malaysia Berhad (PLUS) menawarkan...

Imigresen Ada Kongsi Maklumat...

SEPANG - Ketua Pengarah Imigresen Datuk Seri Mustafar Ali mempertahankan bahawa memang wujud...

Lelaki Paling Dikehendaki Ditembak...

TAWAU - Polis menembak mati seorang lelaki yang sangat dikehendaki kerana disyaki terlibat...

Maut Kepala Terhempap ‘Transformer’ Elektrik

KOTA BHARU – Seorang pekerja sebuah syarikat penyelenggara eletrik di sini, maut selepas tersepit di bawah alat ubah (transformer) elekrik ketika melakukan kerja-kerja menggantikan alat berkenaan yang rosak akibat banjir di Jalan Che Su di sini pagi tadi.

Mangsa Shahril Zaim Shamsuddin, 24, dipercayai tersepit ketika melakukan kerja-kerja pemasangan alat itu bersama enam lagi rakannya dalam kejadian kira-kira 6 pagi.

Rakan mangsa, Mohamad Zaid berkata, ketika kejadian dia bersama mangsa dan rakan-rakan lain sedang melalukan kerja-kerja pemasangan terakhir namun alat terbabit secara tiba-tiba tergelincir dan menyebabkan mangsa tersepit.

“Kami cuba menyelamatkan mangsa, namun tidak berdaya disebabkan mesin berkenaan berat dan menyebabkan dia mengalami kecederaan parah di kepala selepas mesin itu terkena betul-betul di bahagian kepalanya.


“Dia baru sahaja bekerja tidak sampai sebulan, selepas tamat belajar dan kami masih belum kenal rapat namun saya tidak sangka kejadian itu menyebabkan kematian,” katanya ketika ditemui di perkarangan Jabatan Forensik Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) di sini. – Sinar Harian Online

https://www.youtube.com/watch?v=iv_Kbj_7VWw

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori