Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

Serangan London: Jenayah Anti-Islam...

DATUK Bandar London, Sadiq Khan menegaskan polis tidak akan bertoleransi dalam menangani jenayah anti-Islam...

Laporan Lengkap Bedah Siasat...

NILAI - Laporan lengkap bedah siasat remaja Ireland, Nora Anne Quoirin akan diperolehi...

Pekerja Warga China Mati...

BETONG (Sarawak) - Seorang mati dan seorang lagi cedera di belakang badan dan...

Kru Cemas, Kapal Dilanggar...

JOHOR BAHARU - Dua belas kru dan seorang kapten dalam dua kapal berhadapan...

Maut Terseret Dirempuh Kereta Di Tampoi

Johor Bahru – Seorang pekerja kilang terbunuh selepas motosikal ditungganginya terbabit kemalangan dengan kereta di Jalan Tahana, Tampoi di sini, kelmarin.

Dalam kejadian jam 6.45 petang, mangsa Saiful Nizam Sukaji, 20-an, meninggal dunia akibat cedera parah dipercayai turut terseret sebelum dilanggar kereta dalam kemalangan itu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara Asisten Komisioner Mohd Khamsani Abdul Rahman berkata, siasatan awal mendapati kemalangan dipercayai berpunca apabila motosikal mangsa hilang kawalan ketika melalui kawasan selekoh sebelum terbabas dan memasuki laluan bertentangan.

Menurutnya, mangsa yang bekerja di Kawasan Perindustrian Tampoi dipercayai terseret sebelum dilanggar kereta yang datang dari arah bertentangan.


“Mangsa yang berasal dari Kampung Tahana parah di kepala dan badan dan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Sultanah Aminah (HSA),” katanya. – myMetro Online

https://www.youtube.com/watch?v=48OGcC1pVNA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori