Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

MAIWP Bantu Urus, Sedia...

KUALA LUMPUR - Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) akan bantu menguruskan jenazah...

Aiman Tino Bakal Menjalani...

PENYANYI Aiman Tino berkemungkinan besar akan menjalani pembedahan membuang tonsil di bahagian tekaknya...

Cadang Dasar Larang Diskriminasi...

KUALA LUMPUR – Kerajaan bercadang untuk mewujudkan dasar berhubung larangan diskriminasi bagi penghidap...

FRKL 21 Puas Dapat...

JIKA sebelum ini kasut rekaan jenama dari negara luar sering kali mendapat perhatian...

Mayat Bayi Ditemui Dalam Lubang Tandas IPTA Di Sarawak

KES pembuangan bayi boleh diandaikan sudah berada di tahap serius hingga ia sudah terlalu acapkali didengari.

Paling menyedihkan apabila bayi yang tak berdosa berakhir hayatnya di tandas yang sering dijadikan tempat ‘rasmi’ membuang segala masalah yang timbul ekoran nafsu serakah.

Terbaharu, seorang bayi ditemui dalam mangkuk tandas di sebuah institusi pengajian tinggi awam (IPTA) di Bintulu, Sarawak.

Mayat bayi lelaki yang masih bertali pusat itu ditemui seorang wanita kira-kira pukul 8 pagi tadi sebelum memaklumkannya kepada pihak polis.

Memetik laporan Harian Metro, seorang sumber memberitahu, bayi itu dipercayai baru beberapa jam dilahirkan sebelum dibuang ke dalam mangkuk tandas.


Pihak bomba memerlukan masa lebih setengah jam bagi mengeluarkan mayat bayi yang tersekat dalam lubang tandas sebelum ia dihantar ke Hospital Bintulu untuk dibedah siasat.

-MYNEWSHUB.CC

Video Pembuangan Bayi Dalam Lubang Tandas (Bukan Kes Di Atas)

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori