Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

Hanya Belanja RM5,000 Kembara...

KUALA LUMPUR - Bekas jurutera kimia Maslinda Supandi hanya belanja RM5,000 semasa mengembara...

Nelayan Selamat 2 Bulan...

Hawaii - Seorang nelayan warga Colombia ditemui masih hidup selepas hanyut dalam sebuah...

Pegawai Narkotik Rampas Dadah...

BANGKOK - Tiga lelaki etnik Hmong termasuk seorang yang dipercayai dalang, ditahan bersama...

Sofa Terpanjang Negara Kini...

KUANTAN - Sofa terpanjang di Malaysia yang diperbuat daripada 3,000 helai kain terpakai...

Mayat Lelaki Ditemui Dalam Semak Di Ara Kuda

BUKIT MERTAJAM – Mayat lelaki dipercayai rakyat asing ditemui dalam kawasan semak berhampiran sebuah kilang kayu di Jalan Ara Kuda, di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT) ACP Rusli Mohd Noor berkata mayat berbungkus dengan kain selimut seperti dikafan itu ditemui seorang lelaki yang melalui kawasan itu pada pukul 8.30 pagi.

“Lelaki itu melalui kawasan berkenaan sebelum terbau benda busuk.

“Dia mendekati bungkusan seperti kafan dan ternampak mayat lelaki dipercayai berusia lingkungan 30-an…lokasi kawasan semak itu agak jauh dari jalan besar,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau berkata tiada dokumen pengenalan diri ditemui bersama mayat yang lengkap berpakaian seluar jeans dan t-shirt warna gelap itu.


Rusli berkata pemeriksaan awal oleh pasukan forensik mendapati mayat lelaki itu tidak mempunyai tanda suntikan BCG di lengan dan polis juga tidak menemui sebarang kecederaan pada badan mangsa.

Mayat lelaki itu dihantar ke Hospital Seberang Jaya untuk bedah siasat, katanya.

Beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu supaya menghubungi balai polis berhampiran bagi membantu siasatan. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori