Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Tiada Pemansuhan Topik Mata...

PUTRAJAYA - Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) di bawah kerajaan Pakatan Harapan tidak pernah...

Lelaki Kejam Campak Anak...

KEJAM dan berhati batu. Lelaki ini, Cameron Brown sanggup mencampakkan anak perempuannya yang...

Rompakan Di Perairan Tungku...

TAWAU - Pemilik kapal syarikat San Hap trauma dengan insiden melibatkan 19 anak...

Generasi Muda Kurang Minat...

KUALA NERUS - Golongan muda di Terengganu dikesan kurang berminat untuk menjadi penenun...

Mayat Lelaki Ditemui Dengan Kesan Tetakan

JEMPOL – Mayat seorang warga India ditemui terbaring dipercayai mangsa bunuh di tepi jalan di Kilometer 10, Jalan Bahau-Rompin di sini, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Jempol Superitendan Hamzah Alias berkata, mayat Vankateshah Ramasami, 24, ditemui pada 8 malam selepas menerima maklumat daripada orang awam mengenai kemalangan membabitkan sebuah motosikal.

“Namun, pemeriksaan polis di tempat kejadian mengesahkan lelaki itu bukan terlibat dalam kemalangan jalan raya, tetapi telah mati dipercayai dibunuh kerana terdapat kesan tetakan di bahagian kepala manakala perutnya terburai.

“Mangsa disahkan seorang warga India.. punca kejadian masih disiasat,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Tuanku Jaafar Seremban untuk bedah siasat.


Hamzah berkata, siasatan awal mendapati mangsa bekerja di Ladang Bukit Pilah, Rompin di sini sejak empat tahun lalu.

Katanya sebelum kejadian, mangsa dikatakan keluar ke pekan Bahau dengan menunggang motosikal bersama rakannya dan usaha menjejaki rakannya itu sedang dijalankan.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian diminta menghubungi pegawai penyiasat Inspektor Mohd Muzaffar Mohd Wali di talian 06-4582222 atau balai polis berhampiran. – BERNAMA

https://www.youtube.com/watch?v=WIouCyX9mS8

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori