Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Tuah Penjenayah Tampan, Dari...

JEREMY Meeks, 30, dari California, Amerika Syarikat menjadi topik hangat di laman sosial apabila...

Majikan Dapat Pelepasan Cukai...

KUALA LUMPUR - Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) menerima sejumlah RM383,285.91 daripada...

Bacaan IPU Di Pontianak...

JAKARTA - Pencemaran udara di Kota Pontianak, Kalimantan Barat kini dilaporkan sangat tidak...

Trump Gesa Pyongyang Tamatkan...

WASHINGTON DC - Amerika Syarikat (AS) mendesak Korea Utara supaya membatalkan program nuklearnya,...

Rupanya Penghuni Pangsapuri Di Mexico Minum Air Mayat Reput…

Persoalan mengenai rasa ‘pelik’ pada air yang diminum oleh penghuni di sebuah pangsapuri di bandar Mexico sejak beberapa bulan lalu terjawab jua apabila mayat seorang wanita ditemui reput dalam tangki air bangunan tersebut.

Mayat Carmen Yarira Noriega Esparza, 27, yang juga penyewa di pangsapuri itu ditemui selepas hampir setahun kehilangannya dilaporkan oleh keluarganya iaitu pada Februari 2014 yang lalu.

Pelbagai usaha telah dijalankan oleh keluarga dan rakan-rakan termasuklah menerusi kempen media sosial dan juga penyebaran gambarnya bagi mengesan bekas graduan dalam bidang psikologi itu.

Mereka percaya Carmen telah diculik dan mungkin dijual untuk dijadikan hamba seks.

“Dia seorang yang cantik, berbakat dan bercita-cita menjadi seorang pelakon.

“Apabila dia tidak muncul di klinik tempat dia bekerja, kami sangkakan dia diculik. Rupa-rupanya mayatnya ada di bangunan pangsapuri itu selama ini,” ujar rakannya, Pal Javier Paz, 30.

Mayat Wanita Ditemui Reput Dalam Tangki Air Pangsapuri


Polis kini sedang menyiasat bekas kekasih Carmen, seorang ahli perniagaan yang turut membayar sewa unit pangsapuri yang didiami wanita itu semasa hayatnya.

Kejadian ini hampir menyerupai kes misteri kematian Elisa Lam yang ditemui mati di dalam tangki air sebuah hotel selepas penghuninya mengadu air paip berbau hanyir dan mempunyai ketulan-ketulan hitam. – MYNEWSHUB.CC

(BACA: VIDEO: Misteri Kematian Elisa Lam Yang Belum Terungkai)

VIDEO KISAH HAMBA SEKS DI MEXICO

Oleh: ELZA

 

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori