Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

KFA Pertimbang Ganjaran Jika...

ALOR SETAR - Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) akan mempertimbangkan ganjaran setimpal kepada...

Penghidap Anorexia Kini Jadi...

London - Seorang gadis yang pernah menghidap anorexia dan hanya makan sebiji epal...

GPS Tak Korbankan Hak,...

DATUK Patinggi Abang Johari Abang Openg memberi jaminan sebarang keputusan yang diambil oleh...

Wanita Jadi Buta Selepas...

Ireland –Sorang wanita yang tidak mempunyai pekerjaan bakal buta mata selepas minum 28...

MCA Pikat Golongan Muda Hadapi PRU-14

KLANG – MCA akan menarik lebih ramai golongan muda menyertai parti itu sebagai persediaan awal memperkasakan jentera parti menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) akan datang.

Timbalan presiden parti itu, Datuk Dr Wee Ka Siong, berkata langkah itu perlu kerana golongan muda akan membentuk barisan kepimpinan baharu parti yang boleh diharapkan dalam memberi perkhidmatan berterusan kepada rakyat.

“Dengan bakat kepimpinan yang ada pada generasi muda, golongan ini mudah untuk mendampingi rakyat serta membantu dan memenuhi kehendak mereka.

“Ini secara tidak langsung mampu memberi kelangsungan kepada parti selain mengembalikan semula keyakinan rakyat kepada kita,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Pusat Khidmat MCA Bahagian Klang, di sini hari ini.

Turut hadir, Pengerusi MCA Bahagian Klang Datuk Teh Kim Poo.


Wee yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri turut mengingatkan pemimpin dan ahli MCA supaya terus memberi komitmen dan perkhidmatan kepada rakyat tanpa mengira ideologi politik mereka.

“Jika sebelum ini, Pusat Khidmat MCA Klang hendak ditutup kerana kita kalah dua kali dalam pilihan raya umum (2008, 2013), hari ini kita perluaskan operasinya.

“Pusat Khidmat MCA tidak terhad kepada ahli parti tetapi untuk semua penduduk setempat yang memerlukan sebarang bantuan…kita akan sentiasa tepati prinsip kita untuk terus memberi perkhidmatan terbaik kepada rakyat,” katanya. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • PRU14

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori