Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Pasukan Khas Jihad Tangani...

BERA : Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, hari ini berkata penubuhan...

Malaysia Mungkin Bina Akademi...

BERA - Malaysia berkemungkinan memiliki akademi golf pertama bagi mengasah bakat pelajar dalam...

Genosid Rohingnya: Ratusan Pelarian...

RATUSAN pelarian etnik Rohingya kini telah berada di Bangladesh dengan membawa kisah menakutkan...

Kes Bunuh Guru Al-Quran:...

KOTA BAHARU - Seorang lagi individu ditahan bagi membantu siasatan berhubung penemuan mayat...

Amboi.. Once Mekel Akui Tak Naik Penerbangan Murah!

Nahas pesawat AirAsia Indonesia QZ8501 yang terhempas di Laut Jawa, Ahad lalu sememangnya mengundang simpati di kalangan masyarakat di seluruh dunia.

Bekas vokalis kumpulan Dewa 19, Once Mekel antara yang turut meluahkan rasa sedihnya menerusi media mengenai kejadian itu.

“Saya prihatin dan turut bersimpati untuk keluarga penumpang yang sehingga saat ini belum jelas mengenai nasib yang menimpa saudara mereka. Saya berharap agar pesawat itu segera ditemui. Diharap agar pihak penerbangan dan pemerintah dapat bekerjasama dengan baik,” ujarnya menerusi Kapanlagi.com.

Bagaimanapun, ketika ditanya mengenai piawaian khusus yang diingininya ketika menaiki pesawat, Once berkata dia memilih penerbangan yang mempunyai reputasi tinggi.

“Ya, saya jenis memilih. Saya akan memilih penerbangan yang baik dan punya reputasi. Mahal sedikit tak mengapa.

“Saya akan hindari penerbangan yang terlalu bangga dengan reputasinya sebagai penerbangan murah terbaik walaupun tak semuanya buruk,” katanya.


Hai, macam perli pun ada si Once ni…

Memang benar kita perlu berusaha mencari yang terbaik, tapi kalau dah ajal, naiklah kapal angkasa sekalipun tetap juga matinya. Opss! – MYNEWSHUB.CC

(BACA: Tony ‘Tweet’, Bangga Semangat & Ketabahan Kru AirAsia)

https://www.youtube.com/watch?v=Idj1RpQvTMk

Oleh: ELZA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori