Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Penggantungan Aktiviti Rekreasi Air...

SEREMBAN - Penggantungan aktiviti rekreasi air di sepanjang perairan Port Dickson ditarik balik...

Pengamal Media Terima Pingat...

SHAH ALAM - Enam pengamal media hari ini dikurniakan Pingat-Pingat Negeri Selangor sempena...

Ahmad Razif Enggan Ulas...

KUALA TERENGGANU - Menteri Besar Terengganu Ahmad Razif Abdul Rahman enggan mengulas mengenai...

PLBEGJB Mampu Tingkat Pembangunan...

KLUANG - Projek Landasan Berkembar Elektrik Gemas-Johor Bahru (PLBEGJB) yang turut merentasi Pekan...

Melaka Cadang Bina Ladang Babi Teknologi Tinggi

MELAKA – Kerajaan Negeri Melaka bercadang untuk mewujudkan kawasan ladang babi berteknologi tinggi di Paya Mengkuang, Alor Gajah menjelang akhir tahun 2017 bagi mengatasi masalah penternakan babi yang tidak diselenggara dengan baik di kawasan itu.

Exco Pertanian dan Pembangunan Usahawan Negeri Melaka Datuk Hasan Abdul Rahman berkata projek yang dibangunkan dengan konsep inisiatif kewangan swasta itu akan menepati piawaian veterinar dan setaraf dengan ladang seumpamanya di Belanda dan Taiwan.

“Ladang ini adalah tertutup dan mesra alam di mana setiap sisa ladang akan dilupuskan dengan menggunakan insinerator di ladang tersebut sekali gus mengelakkan berlakunya pencemaran.

“Dengan ladang berteknologi tinggi ini, masalah seperti bau busuk dan kumbahan di kawasan itu yang meresahkan penduduk setempat akan dapat diselesaikan,” katanya kepada Bernama di sini.

Sehubungan itu, beliau berkata kerajaan negeri mengalu-alukan pihak yang berminat untuk mengambil bahagian dalam projek itu supaya mengemukakan kertas cadangan bagi tujuan analisis sebelum diluluskan.


Kawasan ladang babi di Paya Mengkuang menjadi masalah kepada penduduk setempat kerana kegagalan penternak mematuhi piawaian Jabatan Veterinar seperti keperluan mempunyai sistem kumbahan yang teratur dan sistematik.

Enakmen baharu penternakan babi untuk negeri ini yang dijangka diwartakan tahun ini bakal memberi ruang untuk penguatkuasaan lebih tegas kepada penternak yang gagal mematuhi piawaian penternakan babi telah ditetapkan.- BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • babi

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori