Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Sultan Selangor Zahir Takziah...

SHAH ALAM - Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menzahirkan ucapan takziah kepada...

John Terry Umum Bersara

LONDON - Bekas kapten England, John Terry mengumumkan persaraannya daripada bola sepak dengan...

Mangsa Letupan Lombong Arang...

KUCHING - Polis telah mengenal pasti identiti tiga mangsa yang maut dalam kejadian...

Netizen Serang Facebook Pendaki...

NETIZEN (pengguna media sosial) terutamanya penduduk Sabah telah menyerang laman sosial Facebook milik...

Melaka Haramkan Penjualan Arak Di Kawasan Majoriti Muslim

Melaka akan melaksanakan pengharaman penjualan minuman keras di kedai serbaneka 24 jam, 7-Eleven di kawasan yang dimonopoli penduduk Melayu dan beragama Islam.

Dalam satu kenyataaan, Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron berkata, keputusan berkenaan diputuskan dalam Mesyuarat Exco semalam (Rabu) yang mana komposisi sesuatu bangsa bakal dipertimbangkan sebelum pengharaman tersebut dilaksana.

Justeru itu, satu kajian terperinci bakal dilakukan oleh pihak berkuasa tempatan (PBT) untuk mendapatkan maklumat berkaitan jumlah penduduk dan sebagainya.

8283907190_6f18b01995_z

Sebagai contoh, sekiranya lingkungan jarak antara dua 7-Eleven mempunyai 90 peratus orang Melayu, penjualan minuman keras di kedai terbabit adalah tidak sesuai.

Bagaimanapun, seperti di Malim di mana peratusan kaum bukan Melayu adalah 90 peratus, kita tidak mempunyai halangan untuk penjualan diteruskan,” katanya kepada pemberita selepas mesyuarat tersebut selesai.

Tambahnya lagi, cadangan tersebut telah mendapat persetujuan dari pengurusan 7-Eleven, namun ujarnya, beliau meminta agar penakrifan ‘minuman keras’ di kedai berkenaan dikaji kembali.

[MENARIK UNTUK DIBACA: Baru 7 Tahun Dah Pandai Bawa Kereta Pungut Ayah Mabuk]

Ini kerana, takrifan ‘minuman keras hanya digunakan bagi minuman yang mempunyai kandungan alkohol tinggi seperti wiski dan bukannya bir.


Kita tidak boleh membuat sesuatu undang-undang itu dengan sewenangnya tetapi perlu kajian berfakta dan berangka supaya keputusan itu nanti tidak memberi kesan yang sebaliknya.”

Dalam pada itu, Idris turut memohon agar pihak 7-Eleven mengambil pekerja dari latar belakang kaum yang pelbagai, kerana menurutnya, majoriti pekerjanya sekarang merupakan kaum Melayu.

Selain menangani sensitiviti pekerja Melayu (menjual arak), langkah ini juga dapat membuka peluang pekerjaan kepada bangsa lain.” – MYNEWSHUB.CC

 

Kenapa Allah S.W.T Mengharamkan Minuman Keras?

https://www.youtube.com/watch?v=Zbk-ftAVYi0

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori