Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

JAKIM Nafi Sebaran WhatsApp...

Susulan maklumat palsu yang disebarkan menerusi aplikasi Whatsapp kononnya produk Munchy's tidak halal,...

Cik Piah Selamat Lahirkan...

TAHNIAH diucapkan kepada penyampai radio Sinar FM, Feeya Iskandar atau lebih dikenali sebagai...

AirAsia X Terbang Semula...

SYDNEY - Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Tan Sri Tony Fernandes berkata AirAsia X...

PAS Sokong Pengerusi PAC...

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Kota Bahru, Datuk Takiyuddin Hassan hari ini mencadangkan...

Mesir Umum Pilihan Raya Parlimen Bermula 21 Mac

KAHERAH – Mesir mengumumkan pilihan raya parlimen yang lama tertangguh bermula 21 Mac depan dengan tempoh pengundian selama tujuh minggu.

Ia sebahagian daripada perancangan yang ditetapkan oleh pemerintah tentera selepas penyingkiran presiden pertama yang dipilih secara demokratik sebelum ini.

Ketua Jawatankuasa Tertinggi Pilihan Raya, Ayman Abbas, berkata proses pengundian akan berjalan dalam beberapa fasa membabitkan 27 wilayah di Mesir serta warganya yang tinggal di luar negara.

Mesir dilanda konflik sejak 2011 ketika pemberontakan dalam negara untuk menjatuhkan Hosni Mubarak.

Negara itu tanpa pentadbir sejak lebih dua tahun selepas kali terakhir Parlimen dibubarkan pada 2012 susulan perintah mahkamah.


Pentadbir perundangan kemudian menyerahkan kuasa kepada presiden baharu, Abdel-Fattah el-Sissi, yang dipilih pada Jun 2013.

Parlimen sebelum ini dikuasai kalangan ahli politik Islam di bawah Ikhwanul Muslimin yang menguasai pemerintahan selepas rampasan kuasa dari Mubarak.

Namun mahkamah membubarkan dewan persidangan yang dikuasai kumpulan Islam itu, sehari sebelum Mohammed Morsi dilantik sebagai presiden pada 2012. – AP

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori