Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Lelaki Maut Gara-Gara Tabiat...

 SEORANG lelaki meninggal dunia ekoran tabiatnya yang gemar menggigit kuku hingga tahap ekstrem, menyebabkan...

Pelbagai Dadah Bernilai RM166,000...

JOHOR BAHRU - Pelbagai dadah bernilai RM166,100 berjaya dirampas dalam serbuan di dua...

Anak Sosilawati Dapatkan Kebenaran...

KUALA LUMPUR - Lima anak jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya, yang mati dibunuh...

Kes Anjing Gila: 165...

GEORGE TOWN - Sebanyak 165 ekor anjing berlesen di Pulau Pinang telah menerima...

Militia Kurdis Kuasai 90 Peratus Kobane – CENTCOM

WASHINGTON – Pejuang Kurdis berjaya memaksa kumpulan IS berundur dan kini menguasai 90 peratus bandar sempadan Kobane di Syria, menurut US Central Command (CENTCOM), sekali gus mengesahkan dakwaan militia Kurdis.

IS yang menawan kawasan besar di Syria dan Iraq, mengerahkan anggota dan menghantar senjata dalam serangan bagi menawan Kobane yang terletak di sempadan Turki.

“CENTCOM mengesahkan bahawa pasukan anti-ISIL (IS) kini menguasai 90 peratus Kobane,” menurut satu kenyataan.

Tentera Amerika yang membantu puak Kurdis dengan serangan udara berterusan, agak berhati-hati dalam menilai situasi semasa biar pun militia Kurdis mendakwa mencapai kemenangan dalam pertempuran yang berlanjutan beberapa bulan itu.

Namun CENTCOM yang mengawasi tentera AS di Asia Barat dan serangan udara terhadap IS, menyatakan ia “mengucapkan tahniah” kepada pejuang Kurdis yang “bertempur dengan tabah dan berani”. – AFP

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori