Dengan permulaan tahun 2015, semestinya ramai yang menantikan kemaskini peranti baru daripada pelbagai pengeluar seluruh dunia, dan salah satunya adalah Samsung.
Syarikat gergasi dari Korea Selatan tersebut dikatakan bakal menggunakan rekaan berasaskan logam sepenuhnya kepada peranti premium mereka yang seterusnya iaitu Galaxy S6.
Pihak Samsung dilihat pada sebelum ini telah menggunakan teknologi bingkai kerangka berasaskan logam seperti yang terdapat pada Galaxy Alpa dan dari keluarga peranti Galaxy A.
Terbaru, Galaxy Note 4 juga turut telah menggunakan bingkai kerangka berasaskan logam.
Apa yang pasti, kini sebuah gambar tertiris memperlihatkan rekaan kerangka sepenuhnya berasaskan logam, dan dikaitkan dengan Galaxy S6.
Seperti semua sedia maklum, ia masih lagi pada peringkat desas-desus buat masa ini, dan masih belum disahkan sepenuhnya.
Tetapi jika ya, maka kita akan dapat melihat peranti berasaskan logam sepenuhnya dan menggunakan rekaan unibody, dimana kerangka tidak boleh ditanggalkan seperti yang terdapat pada keluarga Galaxy A.
Samsung dijangka akan memperkenalkan Galaxy S6 sekitar Mac atau April kelak lebih kurang seperti pada tahun lepas, dan mungkin kita akan dapat melihat lebih banyak ura-ura dan desas-desus berkaitan tidak lama lagi-MYNEWSHUB.CC
Oleh: hzqahmd