Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Masa Depan Negara Ditentukan...

KUALA LUMPUR - Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, masa depan...

Adnan Beri Amaran Tegas...

KUANTAN - Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob memberi amaran tegas kepada...

Stor Haram Simpan Diesel...

Seremban : Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Negeri Sembilan...

Terowong: Datuk Seri Dibebas...

PUTRAJAYA - Ahli perniagaan bergelar 'Datuk Seri' yang direman bagi membantu siasatan berhubung...

Muzium Kolonial P.Pinang Dibuka Mulai Esok

GEORGETOWN – Pulau Pinang akan memperkenalkan satu lagi tarikan pelancongan dengan pembukaan Muzium Kolonial di Jalan D.S. Ramanathan di sini.

Dengan bantuan Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan serta Kerajaan Negeri Pulau Pinang, muzium yang pertama dalam kategori seumpama itu akan dibuka untuk orang awam esok dari pukul 9 pagi hingga 6.30 petang.

Pengarah Urusan muzium itu, Eric Ma berkata mereka telah mencari lokasi sesuai untuk dijadikan muzium yang mampu menempatkan lebih 1,000 artifak era kolonial milik keluarganya.

Beliau berkata antara artifak yang dipamerkan termasuk dokumen tulisan tangan milik pengasas Pulau Pinang, Kapten Francis Light bertarikh 28 Julai 1794.

FW365787_PG06_160115_AKAR_POKOK-lpr
GEORGETOWN: Para pengunjung melawat batang akar yang dipamerkan semasa melawat Colonial Museum yang terletak di Jalan D.S.Ramanathan di sini hari ini. – Foto BERNAMA

“Kami telah membelanjakan lebih RM3 juta untuk memulihara sebuah banglo yang dipajak oleh kerajaan negeri dan berharap ia akan menjadi satu lagi tarikan untuk negeri ini, beliau memberitahu wartawan selepas majlis pelancarannya oleh Ketua Menteri Lim Guan Eng di sini hari ini.


Beliau juga berharap muzium ini akan menjadi bahan pendidikan untuk meningkatkan kefahaman pelajar dan merupakan salah satu warisan kekayaan negara yang penting.

Ibu Ma, Jasmine Tan, 67, berkata sebelum ini artifak yang dimiliki keluarga itu selama tiga generasi disimpan di rumah keluarga mereka di Peel Avenue.

Dia berkata muzium itu hanya 90 peratus siap dan kini mereka sedang menyiapkan sebuah taman di premis berkenaan.

Warga tempatan dikenakan bayaran RM20 untuk dewasa dan RM12 bagi kanak-kanak bawah umur 12 tahun sementara warga asing RM30 untuk dewasa dan RM15 bagi kanak-kanak bawah umur 12 tahun untuk melawat muzium itu. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori