Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Tak Perasan Berbual Dengan...

Sebut sahaja nama Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V, pasti terbayang di fikiran kita...

Letupan Berhampiran UTC Ipoh...

IPOH - Letupan di Jalan Datuk Onn Jaafar, berhampiran Pusat Transformasi Bandar (UTC)...

RM555 Juta, Tidak Lebih...

PUTRAJAYA - Kerajaan hanya akan membayar RM555 juta kepada Lembaga Tabung Angkatan Tentera...

Hairul Sanggup ‘Gelap’ Demi...

DEMI menjayakan watak, pelakon Hairul Azreen sanggup menggelapkan kulit badannya serta membina otot...

Nadal Tewaskan Kevin Anderson, Mara Ke Suku Akhir

MELBOURNE – Pemain tenis nombor tiga dunia, Rafael Nadal menamatkan penguasaan pemain Afrika Selatan, Kevin Anderson yang terkenal dengan servis kuat untuk mara ke suku akhir Terbuka Australia, sebentar tadi.

Nadal menewaskan pemain ranking ke-15 itu dengan straight set 7-5, 6-1, 6-4 dalam asa dua jam enam minit di gelanggang Rod Laver Arena untuk bertemu pemain pilihan ketujuh dari Republik Czech, Tomas Berdych.

Ia adalah suku akhir kelapan Nadal di Terbuka Australia dalam usaha memburu gelaran juara keduanya selepas tewas kepada Stan Wawrinka pada final tahun lalu.

Nadal yang menang Terbuka Australia pada 2009, menunjukkan permainan selesa tanpa dihambat masalah kesihatan seperti dialami ketika diheret ke permainan lima set menentang Tim Smyczek dari Amerika Syarikat pada pusingan kedua sebelum ini.


“Selepas mengharungi tempoh yang agak kental, tiba masanya untuk saya menunjukkan keputusan yang lebih mengagumkan dan saya gembira dengan corak permainan saya hari ini,” katanya. – AFP

  • Lagi berita berkaitan:
  • tenis

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori