Sepuluh peti berwarna putih dibawa masuk satu persatu ke kabin pesawat CN295 milik Angkatan Tentera Udara Indonesia. Karangan bunga indah yang menghiasi peti jenazah itu, membawa suasana haru tersendiri.
Cuaca teduh yang menaungi petang Jumaat ini, bukanlah hal yang cukup aneh. Ianya hal lumrah yang terjadi sehari-hari. Awan terlihat menggelayuti langit Pangkalan Udara Iskandar, Pangkalan Bun, Kotawaringin Barat.
Sesekali, hembusan angin menyentuh pelipis mereka yang terlihat sedang berbaris rapi, sejuk. Pasukan tentera membentuk barisan membuat pagar untuk melindungi CN2895 yang berdiri gagah, menunggu sepuluh nama masuk.
Sepuluh peti jenazah kemudian diangkat sekumpulan tentera, membentuk dua barisan. Pasukan terlibat berjalan rapi dan teratur menuju ekor pesawat untuk kemudian menghantar peti berwarna putih berhias karangan bunga itu ke dalam CN295. Rasa hormat mengiringi tiap langkah para pengangkut peti.
Hari kedua di tahun 2015 ini, memberi harapan buat keluarga nahas pesawat AirAsia QZ8501 yang hilang dari radar beberapa hari lalu, sebelum dikesan terkubur tengah samudera.
Sepuluh jenazah yang diangkat tadi, akan diterbangkan ke Bandara Juanda Surabaya di mana pasukan forensik siaga menanti untuk proses kenalpasti identiti.
NAMA adalah yang paling ditunggu sanak keluarga daripada 155 penumpang pesawat AirAsia QZ8501. Di antara kandungan peti putih itu, ada keluarga dan sanak saudara yang kini terbujur kaku.
Justeru keluarga masih menunggu nama. Sebabnya dari 10 jenazah, baru enam diketahui ciri-cirinya, apakah lelaki atau perempuan. Empat lagi belum dapat dikenalpasti, apatah lagi identiti jenazah.
Sepuluh jenazah yang belum diketahui nama itu akan segera dibawa ke Surabaya. Setelah diperiksa forensik, sepuluh jenazah akan segera dipulangkan ke keluarganya masing-masing.
Pukul 5.35 petang Jumaat, CN295 menghidupkan mesin, kipas pun berputar kian kencang. Pesawat milik TNI ini segera meninggalkan landasan, membawa bersamanya sepuluh peti jenazah.
10 peti itu, ubat untuk tangis yang tertahan sejak akhir tahun lalu keluar dari perairan Selat Karimata.
#Info: Setakat ini sudah 30 mayat mangsa nahas pesawat AirAsia QZ8501 ditemui di Selat Karimata.ĆāĆĀ 10 jenazah mayat telah diterbangkan keĆāĆĀ Surabaya, disusuli 10 peti mayat lagi pada Jumaat. 10 lagi peti berisi mayat mangsa nahas dijangka akan dikirim pada Sabtu.
– MYNEWSHUB.CC
Sumber: Metrotvnews
https://www.youtube.com/watch?v=Xhw_74Kkbv4