Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Jerebu – Solat Hajat...

KUALA LUMPUR - Semua masjid dan surau di seluruh negara diarah mengadakan solat sunat...

Madrasah Tahfiz Turut Sedih...

KOTA TINGGI - Madrasah tahfiz tempat Allahyarham Mohamad Thaqif Amin Mohamad Ghaddafi belajar...

Awal Nafi Merajuk Tidak...

KUALA LUMPUR - Pengacara Awal Ashaari menafikan dia merajuk dan terasa hati apabila...

Banjir Semakin Pulih Di...

KUALA LUMPUR - Keadaan banjir di Kelantan semakin pulih dengan pusat pemindahan di...

Naikkan Harga Barang Menjelang GST Tidak Patut Berlaku

SEREMBAN – Sikap peniaga yang mengambil kesempatan menaikkan harga barangan menjelang penguatkuasaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) April ini, tidak seharusnya berlaku.

Pengerusi Persatuan Pengguna Negeri Sembilan (Nesca) Khairuddin Yunus berkata, langkah yang paling tepat dilaksanakan oleh setiap peniaga adalah dengan membantu pengguna menghadapi keadaan ekonomi sekarang yang tidak menentu.

“Apabila GST mula dilaksanakan, mereka tidak boleh lagi menaikkan harga barang, oleh itu, kemungkinan ini tidak mustahil berlaku pada masa sekarang. Tambahan pula, harga minyak dan diesel sudah turun, seharusnya harga barang juga turun secara automatik.

“Oleh yang demikian, saya berharap supaya persatuan peniaga bersikap bertimbang rasa selain memberikan khidmat nasihat kepada anggotanya mengenai isu ini. Jika masih ada yang berdegil (menaikkan harga barang), penguatkuasa perlu mengambil tindakan yang proaktif,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.


Khairuddin turut menyarankan agar pengguna di seluruh negara melaporkan kepada persatuan pengguna di negeri masing-masing atau Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan sekiranya ada kenaikan harga barangan di sesebuah premis perniagaan.

“Setakat ini, tiada aduan yang diterima dan orang ramai tidak perlu risau kerana kementerian sentiasa bertanggungjawab untuk menjaga pengguna serta peniaga.

“Laporan perlu dilakukan segera jika masalah ini dikesan supaya tindakan yang sepatutnya dapat dikenakan kepada pihak terbabit,” katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori