Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Tabung Haji Lawat Keluarga...

KUALA LUMPUR - Ahli Lembaga Pengarah Lembaga Tabung Haji, Tan Sri Mohamad Aziz...

Lukaku, Rakan Pasukan Gaduh...

ROMELU Lukaku dilaporkan bergaduh dengan rakan pasukan di bilik persalinan selepas tewas 0-1...

Wow! Pasangan Naik ‘Motor...

BANJIR yang melanda di kawasan Pantai Timur sejak minggu lalu dilaporkan semakin pulih...

PKR Fokus Isu Perkauman...

PETALING JAYA : Perkara yang menyentuh isu perkauman antara isu yang akan dibincangkan...

Najib: 2014 Tahun Paling Mencabar Dalam Karier Saya

TAHUN 2014 sudah meninggalkan kita beberapa jam yang lalu bagi membuka peluang buat tahun 2015 mencipta lembaran dan sinar yang baharu khususnya buat rakyat Malaysia.

Selepas satu persatu episod tragedi duka yang tercipta pada tahun 2014 sedikit sebanyak meninggalkan kesan dan memori yang paling sukar untuk dilupai.

Individu yang paling terkesan dalam segala permasalah yang berlaku sudah pasti adalah Perdana Menteri Malaysia,  Datuk Seri Najib Razak.

Semalam menerusi laman blognya, najibrazak.com, beliau telah menulis sebuah mesej akhir tahun buat rakyat Malaysia.

Menerusi mesej tersebut, Najib menyifatkan tahun 2014 merupakan tahun paling mencabar dalam kariernya sebagai pemimpin negara.

Beliau berkata, dalam tempoh beberapa bulan, negara dikejutkan berita kehilangan 93 rakyat Malaysia ekoran tragedi pesawat MH370 dan MH17. Insiden ini seterusnya menjadikan Malaysia tumpuan dunia.

“Kehilangan MH370 dan kemusnahan MH17 adalah sebahagian daripada sejarah Malaysia tahun ini. Saya turut bersedih dengan kehilangan insan tersayang mereka. Seperti rakyat Malaysia, saya juga turut berduka dengan tragedi ini,” katanya.

Pada masa yang sama, Najib turut memuji keprihatinan rakyat Malaysia yang bersatu dalam menerima dugaan besar seumpama ini.

Menerusi perutusan tersebut, Najib turut menghargai tindakan dan bantuan semua pihak dalam menangani krisis yang berlaku.

“Kita tidak dapat memperbetulkan semuanya, tetapi apabila MH370 hilang, kita mampu mengumpulkan semua 26 negara, termasuk China dan Amerika Syarikat dalam pencarian yang meliputi hampir separuh dunia. Apabila Malaysia meminta, dunia menjawab.

“Selepas beberapa bulan terpalit dengan tragedi MH370, apabila negara berdepan dengan zon konflik, Malaysia mampu untuk mendapatkan kejayaan yang tidak mampu dikecapi oleh negara lain iaitu mendapatkan semula badan dan kotak hitam pesawat MH17,” katanya.


Negara nampaknya sekali lagi diuji apabila beberapa negeri  di Pantai Timur dan utara mengalami banjir yang dahsyat dan luar biasa.

“Kita sudah biasa dengan banjir di Malaysia tetapi saya terkejut dengan keadaan banjir pada kali ini. Skala kemusnahan yang berlaku sungguh besar dengan ramai mangsa mengalami penderitaan yang teruk.

“Tumpuan utama kerajaan ketika ini adalah untuk membantu mereka yang memerlukan dengan menyalurkan bekalan makanan dan bantuan kepada terkandas atau kehilangan tempat tinggal termasuk bantuan kewangan,” ujarnya.

Bagaimanapun, beliau dalam mesej memberitahu tahun depan kerajaan akan membantu dalam proses pemulihan untuk membina semula infrastruktur, perniagaan dan kediaman yang rosak atau hilang.

“Kita harus pastikan pembangunan yang kita lakukan adalah mesra alam supaya banjir yang bakal terjadi pada masa hadapan tidak seteruk tahun ini atau lebih buruk,” ujarnya.

Najib dalam mesej akhirnya berkata, beliau mengharapkan semoga tahun 2015 yang menjelma ini bakal membawa kemajuan buat negara Malaysia.- MYNEWSHUB.CC

 

VIDEO NAJIB KENDALI TRAGEDI YANG BERLAKU

Oleh: FARAH

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori