Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Video: Prank Bomoh Dengan...

VIDEO prank yang menakutkan ini baru sahaja dimuat naik semalam namun jumlah tontonannya sudah...

Jangan Mudah Terpedaya Dengan...

SEGAMAT – Penduduk daerah Segamat diingatkan supaya tidak mudah terpedaya dengan kempen pilihan...

Parlimen Mongolia Lulus Usul...

ULAN BATOR - Parlimen Mongolia meluluskan usul untuk menyingkir Perdana Menteri, Norov Altankhuyag...

Zon Larangan Guna Telefon...

KUALA LUMPUR - Zon larangan penggunaan telefon bimbit atau peralatan komunikasi lain yang...

Sudah Sihat, Datuk Seri Najib Kembali Bertugas

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Najib Tun Razak kembali bertugas hari ini selepas bercuti rehat berikutan terkena jangkitan bakteria Escherichia coli (E.coli) dengan mempengerusikan mesyuarat Kabinet di Putrajaya.

Perdana menteri dalam catatan Twitternya berkata: “Alhamdullilah, kembali kerja hari ini.

” Terima kasih kepada semua, termasuk rakan-rakan online yang telah doa bersama ucapan-ucapan cepat sembuh,” katanya.

Dalam satu lagi tweet, Najib berkata agenda utama mesyuarat Kabinet hari ini adalah membincangkan isu berkaitan banjir dan usaha untuk membantu mangsa banjir yang terjejas.


Najib turut memuatkan gambar beliau dan beberapa menteri kabinet, termasuk Menteri Pengangkutan Datuk Seri Dr Liow Tiong Lai dan Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, yang menghadiri mesyuarat itu.

Najib sebelum ini dilaporkan terkena jangkitan E. coli semasa melawat kawasan banjir di beberapa negeri baru-baru ini dan telah dinasihatkan doktor supaya berehat.

Sehingga pukul 1 tengah hari, masih terdapat sebanyak 18,171 orang mangsa banjir ditempatkan di pusat pemindahan banjir di Pahang, 4,771 orang di Perak dan 3,984 orang di Kelantan. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori