Monday, January 6, 2025

Creating liberating content

Rouhani Pertahan Perjanjian Nuklear...

NEW YORK - Presiden Iran, Hassan Rouhani, semalam, yang mempertahankan perjanjian nuklear di...

PRK Sandakan: Hari Pengundian...

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 11 Mei depan sebagai hari pengundian...

Vape, Shisha Elektronik Haram...

BANGKOK – Seorang peguam memberi amaran kepada pelancong bahawa mereka berdepan hukuman penjara...

Hukuman Penjara, Denda RM1,000...

KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi di sini mengekalkan hukuman penjara sebulan dan denda...

Najib Tiba Di London Untuk Lawatan Kerja

LONDON – Datuk Seri Najib Tun Razak tiba di sini Ahad untuk lawatan kerja dua hari.

Pesawat yang membawa Perdana Menteri dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor mendarat di Lapangan Terbang Luton pada 3.15 pagi (11.15 pagi Ahad di Malaysia).

Mereka disambut oleh Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke United Kingdom Datuk Ahmad Rasidi Hazizi.

Najib bakal mengimbau kenangan lampau apabila mengunjungi kolej lamanya, Malvern College di Worcestershire bagi merasmikan Pusat Sains Razak pada Isnin.


Pusat berkenaan mempunyai 18 buah makmal canggih termasuk makmal pameran serta bilik-bilik persediaan tambahan.

Najib melanjutkan pelajaran peringkat menengah dari 1968 hingga 1971 di Malvern College, iaitu sekolah berasrama dan sekolah harian yang diasaskan pada 1865 dan merupakan antara sekolah persendirian terkemuka di United Kingdom.

Pusat Sains Razak dinamakan sempena nama Najib kerana mengikut budaya barat, perdana menteri dikenali sebagai Encik Razak pada masa itu. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori