Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Shahidan Mahu PERKIM Sentiasa...

KANGAR - Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Shahidan Kassim mahu...

Wanita Beri Susu Badan...

SEORANG wanita di Rajasthan, India yang bersimpati dengan nasib seekor anak rusa terbiar bertindak...

Separuh Tanah di China...

BEIJING – Lebih daripada 40 peratus tanah pertanian di seluruh China didapati amat...

Hanya Kerana Hutang, Budak...

INDIA – Malang menimpa budak lelaki berusia sembilan tahun ini apabila dia diikat,...

Badan Akan ‘Seram Sejuk’ Ketika Dengar Rakaman – Penyiasat

WALAUPUN telah menjadi penyiasat selama lebih 20 tahun, namun tugas menyiasat tragedi pesawat AirAsia Indonesia QZ8501 bukanlah mudah, lebih-lebih lagi apabila juruterbang QZ8501 merupakan rakan sendiri.

Itu merupakan cabaran utama yang dihadapi oleh Nurcahyo Utomo, salah seorang penyiasat dalam Jawatakuasa Keselamatan Pengangkutan Nasional.

Ujarnya kepada portal berita vivo.co.id, berdasarkan pengalaman lalu, tugasan untuk mendengar rakaman suara kotak hitam secara berulang merupakan tugasan mencabar dan memerlukan ketahanan mental yang kuat.

245A071800000578-2893097-image-a-42_1420072828575

Mendengar rakaman suara dari kotak hitam yang terlibat dalam nahas bukanlah seperti mendengar muzik mahupun perbualan.

Ketika menjalankan sesi pendengaran itu, semua tahu, ia merupakan rakaman suara terakhir sebelum pesawat tersebut terhempas dan fakta itu sangat menganggu penyiasat.

Ada masanya, penyiasat akan ‘seram sejuk’ ketika mendengar rakaman dari kokpit itu.”

Kata Nurcahyo lagi, proses analisis sambil mendengar kata-kata terakhir oleh juruterbang seperti ‘Allahuakhbar’ yang diulang-ulang, mampu membuatkan bulu roma penyiasat berdiri!


[BACA INI JUGA: Kotak Hitam Pesawat QZ8501 Diterbangkan Ke Jakarta]

Ia akan membuatkan kita seperti merasai situasi tersebut… Allahuakhbar, Allahuakhbar, merupakan kata-kata terakhir mereka sebelum menemui ajal,” ujarnya ketika merujuk kepada pengalaman menyiasat nahas pesawat yang pernah berlaku dahulu.

Walaupun ianya menakutkan dan menghibakan, namun kami tidak dapat lari dari tugasan. Sesi pendengaran perbualan dalam kokpit merupakan kunci bagi mendapatkan jawapan kenapa pesawat tersebut mengalami kecelakaan.”

Tambah Nurchayo lagi, tugasan kali ini merupakan tugasan paling mencabarnya kerana kapten pesawat QZ8501, Kapten Iriyanto merupakan ‘seniornya’, yang juga individu yang menurunkan ilmu penerbangan kepadanya.

Saya tak dapat bayangkan bagaimana untuk mendengar kata-kata terakhirnya nanti ketika sesi siasatan berlangsung,” kata Nurchayo. – MYNEWSHUB.CC

Oleh : IZZAT MOHD ANUAR

Cara Menganalisis Kotak Hitam Pesawat

https://www.youtube.com/watch?v=91S6ZucSbmI

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori